Tuesday, February 16

Jakarta - Day 2


Hari ke 2 di jakarta. Plan tuk hari ini semua nak pergi breakfast pukul 7.30 pagi. Pukul 6.00pagi bob call bilik tanya dah bangun ker belum. Aku cakap dah, sebab macam biasa hari jumaat hari kerja, memang pukul 5.30pagi alarm phone dah berbunyi tapi die berbunyi aku snooze, awal lagi kan.
Aku cakap kat abob ''awal sangat nak bangun baru pukul 5pagi, ingat nak bangun pukul 6pagi
Bob kata ''awal apenye? sekarang dah pukul 6pagi'' eh abob ni biar betul, aku tengok jam dekat phone betullah baru pukul 5pagi,walaupon dekat screen phone memang betul pukul 6pagi, sebab aku pikir Jakarta kan lewat 1 jam dari KL, dan aku rasa aku tak de pon tukar time dekat phone. Hahaha rupanya phone tu auto, die tukar time sendiri ikut tempat, cehhh mana aku tau....


Pagi tu bangun hujan baru jer berhenti, mrz kata malam tu hujan lebat, angin kuat. Sorry aku tak sedar dah tidur..


Makanan dekat hotel ini, insyallah semua halal. Makanan pon macam-macam ada, bakso pon ada..


Ish ziqrie time makan pon tak lepas degan phone.


Wah bob makan serial lah. Kuruslah bob lepas ini.



Ziqrie, onyang, zaffriel


Haha.. Ayah senyum amik gamba, susah tau nak dapat gamba cam ni, sebab ayah bukan suka sangat amik gamba, amik gamba @ video orang ayah suka. 


Settle jer makan semua dah semangat nak pergi mangga 2. Dari hotel ini ada jalan terus masuk ke mangga 2. bercantum 4 atau 5 bangunan tuk shopping. Senang lah tak payah nak seberang jalan.


Ha ha ha... Rupanya awal sangat kedai semua belum buka.

''Kedei nya buka jam 10 non''

Jadi masing-masing seret kaki balik lepak dekat lobby hotel.



Lepak-lepak dulu kedai belum bukak.


Sofa telah bertukar orang.


Disebabkan anak-anak dah tak boleh duduk diam, habis berlari keliling lobby hotel, mrz bawak anak-anak die pergi tengok-tengok swimming pool.



Nak pergi mana tu??


Anak-anak pergi pool, aku ngan mak kacau pekerja ini cucuk bunga, mak tanya dekat mana beli bunga. Mana tempat nak pergi jalan-jalan. Masa nak pergi jakarta kan aku ada jugak lah try buka blog cari mana nak pergi area jakarta ini, tapi tak banyak blog yang cerita pasak pergi jalan area jakarta, ramai yang pergi jakarta untuk shopping jer, lepas tu mesti pergi ke bandung sambung shopping. Aku ada tanya juga cost nak pergi bandung dan balik semula ke jakarta RM450. 3 jam drive. Aku dah kira kalau naik keretapi pon harga lebih kurang sama jer, so tak jadi lah pergi bandung, lagi pon dah 2 kali pergi bandung. Kita pusing dalam jakarta jerlah yer.


Akhirnya pukul 10 kedai dah bukak.


Kita orang pusing dalam ini tak lama sangat lebih kurang 3 jam dah settle semua. Pada aku tak ada yang menarik sangat nak di beli dalam bangunan mangga 2 ini.


Mangga 2 banyak jual borong. Lebih kuran macam Plaza GM dekat KL


Kha kha kah muka semua dah bosan.


  
Dekat kedai ini bob beli Es Cendol Durian.

Pinjam gamba wani
Super manis. Rasa santan + Durian. yang aku perasan dekat jakarta ini semua benda manis, super manis 2..3 kali ganda manis dari biasa.



Lepak-lepak berhenti minum kejap. Masa ini lebih kurang pukul 1 cam tu.


Lalu depan kedai ini, ni yang mak nampak dulu.



Sembung jalan lagi. Sebenarnya aku nak cari kain cotton kat dalam bangunan ini, Sebab perkerja dekat hotel tu cakap blok hujung ada banyak jual kain ela. Jalan punya jalan tak jumpa pon :(


Bila dah jalan tapi tak jumpa, berhenti tanya lagi.


Tada.. jumpa tapi semua dah penat nak masuk tengok ape ada dekat dalam. lg pon pompuan yang aku tanya dekat information counter tu kata kalau nak cari kain ela, elok pargi tanah abang, murah dan banyak pilihan. Jadi bila dah tak jadi masuk, nak pergi lunch.


Adik dah tido. Atok dokong, aku dah cakap dekat mrz bawak stroller tapi die cakap tak payah. ok


Jalan ke luar nak amik teksi.


 Ok dah sampai, dalam ini ada kedai nasi padang.


Gamba dulu.


Duduk indon ini anak-anak aku mewah makan donut. mana-mana pergi mesti jumpa Jco atau DD


Peace tapi mata pandang donut.


Masa bayar, ''Tunggu sebentar ya embak, ada roti lagi diberi percuma, lagi sedang dipanaskan''


Ini roti yang free :)



Lunch kita makan nasi padang. 

 Makanan nasi padang aku suka, sambal hijau, sambal merah, memang yummmy. Makan nasi dengan sambal tu jer dah ok, tak payah lauk lain. Banyak jer kan kedai nasi padang dekat KL tapi tak sama dengan dekat Indonesia.


Banyak jugak lauk yang kita orang tak makan, tengok yang macam pelik-pelik tak usik.


Dah janji lepas makan boleh bukak mainan.


Lepas makan ingat nak pergi tanah abang sebab still ada masa, tapi bila cakap dekat driver teksi nak pergi sana, driver tu cakap kalau pergi nanti rugi masa sebab nak pergi jalan tengah jem lagi pon hari jumaat kedai tutup awal pukul 5petang. Jadi tukar plan. Bob nak shopping baju, die bawak baju tak banyak. Jadi masa otw nak pergi hotel semalam aku nampak tepi jalan ada sogo, aku cakap lah dekat driver teksi tu. nak pergi sogo. ''sogo yang mana embak''
''sogo yang tepi jalan, tepi highway dari airport''
''sogo nya ada banyak embak''

ha ha aku pon tak tau apa nama shopping mall yang aku nampak semalam, aku ingat sogo dekat sana macam sogo KL, ada 1 jer rupanya sogo dekat jakarta macam Pakson atau metrojaya atau Aeon ada merata dalam shopping compleks. Paham tak? ha ha...

Jadi aku suruh driver teksi tu hantar pergi sogo yang paling dekat.


Jalan punya lah jem, driver teksi tu cakap.
''disini belakang sana ada perempuan untuk disewakan pak, boleh terus aja ke sana pilih atau telepon jugak biasa, nanti dihantar terus ke kamar''

Telan air liur.




Driver teksi ni masuk kampung mana pon kita orang tak tau, redho jer. 



Dah nampak sogo.


Driver teksi tu cakap sejak kene kes kene bom, nak masuk mana-mana tempat semua kene polis check dulu, kita orang nak masuk semua shopping mall pon kene scan. 



Driver teksi tu anta dekat sogo sini, tapi sampai ke sudah aku tak apa nama shopping complex ini.


Tengok apa tu??


Dekat Jakarta kedai donut dengan roti, insyallah senang nak cari.


Teringat pulak 2..3 hari sebelum pergi jakarta sogo KL ada member sale 21-23hb Jan. 
Rugi kalau tak pergi time member sale baju tuk budak-budak dan mak pak budak murah-murah. Pernah aku beli baju tuk anak-anak transformer RM69.90, time sale jadi RM25.00 jer.. cehhh


Dalam sogo.


Atok dengan ziqrie tunggu sapa tu? Mesti tunggu mama kan. Macam mrz kata 
''awak tu kalau dah masuk kedai, 1 kedai 1 jam'' kata nak pergi jalan-jalan jadi mestilah kene jalan.



Harga barang dekat sini mahal, tak macam harga dekat sogo KL


Amboi muncung ko izzan, jauhnya ke depan, nampak tu mak tunjuk bag bonia dia, harga lebih kurang sama jer macam die beli dekat KL. Tapi yang aku pegang tu cantik kan, aku rasa bag certu cam tu cantik lah.. sapa nak belikan???


Mula-mula aku tengah buat watermark tuk gamba ini, aku tak perasan pon ada mrz dengan zaffriel dalam cermin tu, haha kecian kt mrz tak de sapa nak amik gamba die, amik gamba sendiri dalam cermin, credit to mrz, gamba dalam post jakarta ini, sebelum dan yang akan di uploud semua dari phone mrz. Aku tak de amik gamba pon. yang aku tau nak shopping..nak shopping :)


Masuk H&M saja jer nak tengok-tengok baju tuk anak-anak.


Zaffriel nak try, die kata baju cam atok.


Perasan die dah macho sangat dah ini.


Cak.


Pening nak beli baju, aku sampai bersila lah. Baju semua Opah belanja, walaupon bob kata mahal, harga sama jer dengan KL, tapi opah kata ''Tak per tuk kenangan beli baju dekat jakarta'' sayang opah.


Suruh wani amik kan gamba berdua, tiba-tiba muncul....... ''eh ni mama adik, bukan mama babah''


Ha ha...


Habis pusing-pusing kt sogo kita orang pon balik lah hotel, lebih kurang pukul 5petang, jalan pon dah mula jem teruk sebab orang dah mula keluar pejabat. Tak de plan lagi cuma balik hotel mandi pool, pastu nak g dinner jer.



Malam tu mak tanya dekat information dekat hotel tempat makan yang best, ayah nak bawak makan seafood lagi.


 Pondok Laguna, Batu Tulis Jakarta. 


Tempat cantik tapi terlalu padat.


Sementara tunggu makanan sampai.


Kita duduk jer die hantar jeruk betik ini dengan jambu. Sedap.


Sabar menanti makanan.


Tab lagi.


Boleh jadi model teh botol tak?


Kenapa adik pandang atok cam tu? nak tab lah tu.


Ayam goreng untuk ziqrie, dan cuma ini lauk yang aku boleh makan, lauk lain tak kena dengan tekak akulah, bau minyak tu aku tak boleh. Tapi aku tengok orang lain makan ok jer.


Ikan Gurame Bakar.


Ikan Gurume jugak tapi tak tau masak apa, main tunjuk tunjuk jer, Dekat sini cuma ada ikan nie jer, tapi udang sotong ketam semua ada..


Betul tak orang lain makan sedap jer.


Ok dah habis makan.


Adik pergi basuh tangan bawak balik aiskrim. Sama jugak super manis. Rasa ok ok aja..


Habis makan balik hotel rehat esok nak jalan lagi :)

Nanti sambung hari ke3 ok.









No comments:

Popular Posts