Friday, March 30

Legoland Dec 2017 - Day 1

Wah ada 1 lagi yang wajib di up kan dalam blog sebelum cerita tuk birthday yang berikutnya.

Exam akhir tahun dah janji dengan ziqrie kalau dapat bagi apa yang mama nak, mama bawak pegi holiday.

Jadi keputusan exam tak delah bagus sangat pon tapi ok mama puas hati, jadi tanya nak pergi mana? Die ajak pergi Legoland lagi, sebab katanya hari tu pergi tak puas main dan ada banyak lagi tempat tak pergi sebab adik demam.

Jadi pergilah sekali lagi tapi kali ini semua sekali pergi.


Pagi jumaat aku mrz mak ayah ziqrie zaffriel bertolak dulu ke Johor dalam pukul 10 pagi cam tu, bob dengan wani datang kemudian lepas kerja.

Ucapan tuk Ayah, Tolong lah beli kereta besar dah tak muat.


Jalan punya lah Jem, tak tau lah pasal ape, mungkin sebab aku pergi dekat nak cuti Xmas, orang dah mula balik kampung kot. Aku bangun tidur, bangun tidur tak jugak sampai sampai.
Perut dah lapar tapi rnr orang punya lah ramai. Jadi mak kata jom kita keluar dari highway masuk kawasan kampung nak cari nasi briyani. Jadi google baca review kata makan sedap jadi kesinilah kita di Batu Pahat.


Ish tertelan telan air liur aku tengok gambar ini.  Masuk dalam kedai penuh semua meja, Nasib baik ada yang dah sudah makan teruslah pergi duduk walau meja masih bersepah dengan pinggan kosong.



Makan tuk semua dengan air RM70. Murah lah kan. Korang boleh lah singgah makan dekat sini memang sedap.


Masuk je kereta si kecik nak tido bergaduhlah dengan ziqrie. Pening oi kepala dah lah bontot sakit sebab sempit + kena pangku zaffriel, kira ko duduk dalam kereta berjam dan ko langsung tak boleh nak bergerak. Aku rasa kalau tulang bontot aku ada mulut mungkin suara tulang bontot aku naik sama dengan suara 2 beradik ini menjerit jerit.










Aku sewa homestay dalam Pulai Spring Resort dekat Airbnb. Aku cakap dengan tuan rumah ini aku aku keluar rumah pukul 10 jadi die agak agak aku sampai JB dalam pukul 3 camtu, Aku iyerkan ajalah kan. Jadi pukul 3 die dah sampai tunggu aku sebab die duduk singapore last last aku sampai pukul 7.30 kooooo, masa aku sampai aku call die dah tertido. ha ha masa die amik aku dekat parking die macam mamai iyerlah tengah tido kan. Tulah sape suruh tido time maghrib kan dah mamai.. ha ha

Rumah ini sewa RM250 semalam, ada banyak homestay dalam airbnb dan semua nya cantik dan murah korang tengoklah dan kalau tak silap tuk 1 booking korang kene bayar Extra RM50 tuk service. Tapi oklah kalau pergi ramai save duit dari nak sewa hotel.

Lepas dah angkut bag naik atas duduk kejap keluar balik pergi makan. Lepas tu terus balik tido penat oi 1 hari dalam kereta. Bob sampai pukul 1 pagi rasanya. Aku denga jer dorang sampai tapi aku buat buat tak denga sebab tengah syok tido.

Sekian tuk Day 1. Nanti Day 2 menyusul yer.





No comments:

Popular Posts