Showing posts with label Ziqrie. Show all posts
Showing posts with label Ziqrie. Show all posts

Friday, November 25

Bye Bye Little Caliph



Alhamdulillah Ahad lepas 20 Nov 2016 anak mama Ziqrie dah convo dari Kindergarden Little Caliph Taman Kosas, kejap jer masa 2 tahun berlalu. Aku masih ingat 1st day hantar ziqrie pergi sekolah. 
Jadi sebelum aku lupa baik lah tulis dekat sini sebab nanti beranak lupa ha ha. Mrz sibuk dah suruh aku beranak lagi. Sibuk nak anak kecik, sibuk nak baby girl. Nanti lah yer b belum lagi. Tak ready lagi nak bersalin lagi. 


Convo tahun ini dekat International Youth Centre Cheras, acara start pukul 8.45pagi, pukul 8.00pagi aku dah tercongok kat sana, best datang awal dapat pilih tempat yang ko suka, haruslah duduk depan sekali kan. 


Seronok tenguk muka anak anak fresh jer bangun pagi, happy jer.


Muka sembab gila, aku tak dengan Mrz tak cukup tidur sebenarnya, Hari sabtu ada 2 majlis kahwin balik siap-siap terus pergi dinner office, sampai rumah dekat pukul 1 pagi, terus packing baju sebab lepas majlis convo ziqrie nak fly ker langkawi, pukul 4 tidur bangun pukul 6pg terus ke sini. 



Sebab sampai terlalu awal banyak sangat masa. Ha Ha Ha..


Gamba teacher dia hantar masa tengah tunggu turn nak buat persembahan.


Masa persembahan ini, adoi sayu nya hati bila tengok anak anak ini nyanyi. Pelik betul lah persaan mak mak ini, sikit sedih sikit touching sikit nak nangis. Aku tengok mak mak lain pon nangis, sempat toleh kt Mrz dia tak delah nangis tapi sayu jer muka dia.


Sebenarnya anak anak kita ini tak tau apa sebenarnya yang berlaku masa ini, yang dorang tau teacher dah ajar menyanyi, teacher dah suruh buat macam ini buat macam tu, apa yang dorang paham hari ini tak belajar hari ini hari untuk nyanyi happy happy dengan kawan kawan. 



Habis persembahan dorang di arak masuk dalam dewan dengan bunga manggah meriah sangat.


Untuk acara penutup ada persembahan ramai ramai. Tuk convo hari ini ada 4 sekolah rasanya dan pagi ini hanya untuk student 6 tahun aje.



Alhamdulillah selesai sudah acara hari ini. 


Tahniah ziqrie anak mama. Terima kasih kerana bagi mama peluang merasa pangalaman hantar anak ke sekolah. Banyak perkara dan pengalaman yang mama dapat membesarkan abg. Insyallah we looking forword tuk hantar abg kesekolah rendah pulak yer.


Mama love abg ziqrie so much.


Nak tempek gamba trowback dari awal ziqrie masuk sekolah.















All the best anak mama. We will together explore the new world. Insyallah.












Thursday, February 11

Ziqrie's turn 6

Assalamualaikum.. Hadoi hampir dekat 1 tahun langsung tak update blog. Rasa rugi sebenarnya banyak sangat dah yang terlepas nak cerita, nanti pelan-pelan insyAllah nk update balik. Rugi lah bila tak cerita kat sini.. Masa mula-mula berblog ini pon niat nak buat saja suka-suka sebab nanti nak jadi kenangan untuk diri sendiri dan untuk anak-anak baca..

Untuk 1st update tahun ini nak cerita birthday ziqrie.. Kejap jer ziqrie dah 6 tahun, tuk kali ini bab theme aku pilih. Senang... klu aku tanya kat ziqie asyik bertukar, kejap power rangers, tobot, macam -macam super hero yang keluar, Jadi tuk senangkan kerja aku, aku pilih lego jer.. Aku ckp kat ziqrie mama buat kek lego eh... Ziqrie kata ok, tapi kalau tak ok, aku ok kan jugak.

Aku tak nak kusutkan kepala, dah deal dengan teacher dia nak sambut birthday ziqrie dekat school dangan kawan-kawan.


Kek aku tempah dekat king's jer, kek sponge chocolate, aku rasa budak-budak suka kek yang biasa-biasa cam nikan. 

Tahun ini aku punya mengada nak bagi cookies dekat kawan-kawan dan teacher ziqrie. Biasalah poyo terlebih-lebih, 1st time anak nak sambut birthday dekat sekolah. Disebabkan beberapa hari sebelum birthday ziqrie tu aku pergi holiday ke jakarta, jadi barang-barang tuk cookies aku dah beli siap-siap. Aku punya plan nanti sehari lepas balik dari jakarta aku boleh buat cookies. Memang aku buat sehari lepas balik dari jakarta, tapi aku tak sempat nak habiskan, aku demam... Patutnya boleh siap 1 hari dah jadi 2 hari, Gagahkan jugak siapakan cookies.


Sekali buat ada 6 adunan dapat lah dalam 10 bekas aku nak buat 25 bekas, jadi total lebih kurang 15 adunan jugak lah. 1 Bekas dalam 30-32 biji cookies... Lap peluh, dah lah dengan badan tak sihat, tapi kena jugak siapkan cookies ini..


Ini Cookies yang dah siap. Lega betul aku dapat siapkan semua ini.


Malam sebelum tu aku hero-hero yang sibuk nak masukkan semua dalam plastik. Aku cuma kasi cookies + Lego.. Lego tu fatin tolong belikan.. Tq Fatin.


Siap!


Pagi tu aku angkut kek dengan goodies tuk hantar dekat sekolah ziqrie. Tapi sekolah ziqrie ini kalau sambut birthday dorang tak kasi mak bapak join sekali, Jadi aku redho tunggu jerlah gamba dari teacher die. 









Gamba yang aku screen shoot dari video yang teacher ziqrie hantar. Malam tu kita orang sambut pulak dekat rumah. Mak goreng meehoon, beli satey dengan kfc. 


Happy Birthday abg ziqrie, mama doakan semoga anak mama sentiasa dalam lindungan yang Esa, berjaya dunia dan akhirat, Belajar rajin-rajin tahun depan dah darjah 1. We all always love you abg.





Friday, February 6

Ziqrie 5th Birthday transformers cake


Happy birthday Abang ziqrie. Tahun ini sambut family aje, tak de pon macam tahun sebelum ini. simple-simple... Request dari birthday boy nak cake transformers. first time tempat dekat kakak nie, kenal dalam facebook, rasa cake ok2 aja. cake fatin jugak yang sedap..

warna cukup catik, tapi sayang rasa tak sesedap rupanya. oklah janji anak happy dapat cake yang die nak



Amik gambar takut nanti jadi macam sebelum ini ilang ingatan letak kereta dekat mana tak jumpa.



Baru sampai, kenalah bergambar..




Pergi karaoke lagi..hahahaa kecian birthday anak kene ikut gila mama, oklah anak pon ikut jer tak complain ape pon...





Nampak ziqrie happy lepas tengok cake die



Belum ape-ape nak amik dah transformers tu..


Happy Birthday Abg Ziqrie


Abang senyum bergamba, adik amik kesempatan nak potong cake


Ok jom berebut.


Lepas habis ker karaoke atok ajak pergi beli toys.. pilih-pilih nak ape, amik jer



Wah kecik nie dah rambang mata



Nie pon sama rambang mata, kalau boleh nak amik semua..


Big hero 6 ok tak??

Hadiah atok beli langsung tak amik gamba sebab mama balik rumah, anak-anak terus ikut atok balik.. 


Nie hadiah yang mama dangan babah kasi, 



Gagah pergi sogo cari hadiah untuk anak lepas balik dari kerja naik moto, lepas tu balik ujan lebat berhenti berteduh bawah jejantas, babah punya takut mainan anak basah sanggup bukak baju hujan untuk tutup toy... Sedih tak sedih tak.... hahaaa


Untuk anak mama Arieff Ziqrie selamat ulang tahun yang ke 5, abg belajar pandai-pandai yer, Mama doakan ziqrie moga ziqrie berjaya dunia dan akhirat, dilimpahkan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan dan sentiasa dilindungi dari segala bahaya, akan menjadi insan yang berjasa untuk agama dan bangsa. Mama berdoa mudah-mudahan anak mama menjadi penyejuk mata dan hati untuk semua.. Amin...


1 Day



1st Birthday

2nd Birthday


3rd Birthday


4th Birthday












                     






















Popular Posts