Tuesday, October 23

Annual Dinner 2012

Tahun nie office buat dinner di Hotel Royale Chulan dengan tema Heroes & Villains...
mula-mula ingat tak nak ikut tema, nak pakai apa yang ada jer... iyerlah dengan perut
yang membesar mengandung 6 bulan ini kan... dok pikir-pikir jugak ada ker baju...

Jadi hari jumaat sebelum hari dinner tu borak-borak dengan member-member office
ramai pulak yang mengikut tema... rasa seronok pulak.. jadi misi mencari dalam internat
dengan fatin bermula lah... walau pon orang lain semua dah siap ada baju...

Masa dekat rumah pikir lagi tu nak ker tak sewa baju... Hari sabtu pagi barulah
buat keputusan nak sewa... dan pagi sabtu lah baru pergi cari baju..hahaha

Pagi lepas jer pergi sarapan aku pergi berdua dengan hero kecik, ziqrie...
ziqrie teman mama pergi cari baju tuk dinner....

Bila sampai ker dekat kedai ini cepat jer proses pilih memilih baju, iyerlah bukan
ada banyak baju saiz aku, terhad ok... ingat nak jadi super women tapi lupakan jerlah
sebab memang compem super women baju semua seksi dan tak ada super women yang
ala-ala muslimah... dan tak de super women yang pregnant yang bajunya longgar..
Jadi kita bertukar menjadi Villains ~ Witch.....


























Macam-macam pakaian yang ada malam tu tapi tu lah aku sampai dekat hotel lambat
tak sempat nak ambil gamba dengan semua orang... dan balik pon awal sebab fatin kemalangan
masa nak turun dari stage :( kecian dekat dia.... Emmmm denda dah nak jadi kan...

Pada yang nak sewa costume tuk acara cam ini boleh call numb ini yer....







Pija..Pija

2..3 hari lepas tengok tv dengan ziqrie dekat rumah, tiba-tiba keluar iklan Pizza Hut
jadi anak bujang request ''mama kita makan pija boleh tak?''

Jadi barulah semalam berkesempatan bawak ziqrie makan pizza lepas melawat fatin
di ampang puteri..

Sampai jer depan pizza hut melompat-lompat ziqrie dalam kereta terlalu seronok
masa tu dalam hati Allah jer yang tau macam mana punya seronok bila tengok anak
happy cam tu... yeh...yeh makan pija..pija.... terbayang-bayang lagi cam ner ziqrie
punya seronok.....


Ziqrie pilih sendiri nak makan apa... 


Budak tu anak orang meja belakang... die nak enter prame


Ziqrie nak jugak makan spaghetti bolognese.. habis die makan





Hahaha.... orang yang kekenyangan... baru sekarang aku tau
macam mana rasa happy bile tengok anak happy



Malam tu sebelum nak tido ziqrie cakap kat aku, mama esok kita makan pija lagi boleh tak??
hahaha nak makan hari-hari lah pulak....



Thursday, October 18

Pembawa budak ker?

Entah lah yer sekarang ini aku pelik betul dengan diri sendiri.. Mengatuk bukan main..
Kalau dekat office ini asyik mengantuk jer mata ini... Ini pon dah berapa kali aku 
menguap.. Kalau ikutkan rasa hati memang nak tido jer, tapi lagi syok kalau 
aku dapat tilam dekat rumah.. hehee
Dekat office ini kalau nak baring kejap, baring atas sofa mana nak sama 
dengan baring atas tilam kn :)

Cuma yang peliknya, yang mengantuk tak tertahan tu kenapa yer?
Dah lah sekarang ini tabiat aku kalau dah tido malam pukul 3 pagi
jer terjaga sebab lapa, so sekarang stock roti memang kene sentiasa
ada dekat rumah.. Setakat alas perut dengan air soya @ air milo 
tak jalan.. Mesti kene ada benda yang kene makan...

Sekarang baru jer 22 minggu baru nak masuk 6 bulan, aku tak
taulah macam mana kalau aku sarat masuk 8 bulan nanti...
Mintak-mintak janganlah berlarutan, aku pon tak tau macam
mana nak ilangkan rasa mengtuk ini, tak syoklah kan datang 
kerja untuk tido :p

Tapi kadang-kadang kalau dah tak tahan sangat aku terlelap jugak 
dekat meja ini, mengantuk yang bukan sengaja dibuat-buat dan
langsung tak boleh nak tahan.. macam dah berapa malam tak tido
padahal sekarang pukul 11 malam jer aku dah masuk tido...
Badan penat sangat ker? sekarang balik dari kerja masih masak
macam selalu... Kalau nak ikut penat dan malas memang sentiasa malas
tak sampai hati nak bagi suami dan anak makan nasi bungkus..
Kalau sesekali tu tak perlah... Kalau asyik makan nasi bungkus mesti 
bosankan... Tapi sekarang kalau masak aku tak delah masak macam-macam
cuma 1 atau 2 lauk jer... masak kejap pon rasa penat macam berlari keliling
padang... 

Paling seronok bila MR Z cakap malam ini tak payah masak lah, kita makan luar jer
uiishhhh die punya seronok tu rasa nak lompat bintang.. hahahaaa
Happy giler.. sebab aku boleh makan macam-macam.. iyerlh salu dekat rumah aku
tu menu selalu ayam.. Mr z antu ayam.. ayam hari-hari pon tak per,
tapi cam aku kan sejak pregnant nie tak lalu sangat nak makan ayam...
tapi cuba kalau kasi aku big mac mcd..... laju jer aku makan...
boleh makan sebijik burger sampai licin ok! aku tak akan pelawa sapa-sapa...
sekarang ini masa tengah pregnant ini makan big mac sebiji pon ok tak delah
rasa bersalah sangat sebab dengan alasan anak yang nak makan.....
Nanti dah bersalin nanati aku dietlah... jangan bulan nie pergi klinik berat 
aku naik 5kg sudah.. hahaha

Ha..... dah mengarut ini ilang skit mengantuk aku.... mood Happy skit :)





Tuesday, October 16

Pengalaman Bersalin ~ Arieff Ziqrie

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakkannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandunganya.

3. Purata kehilangan darah sewaktu proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del tetapi semasa bersalin
ibu mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

5. Apabila seorang ibu sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

6. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa yang lepas.

7. Ibu bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

8. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkan pahala menunaikan haji.

Aku nie sejak mengandung dah masuk 5 bulan asyik baca pasal pengalaman bersalin orang jer.
Bersalin niekan rata-rata yang aku baca semuanya ikut rezeki masing-masing, ada yang senang
sangat sakit sikit terus bersalin... ada yang berhari-hari tenggung sakit.... Semua Allah dah
tetapkan bahagian masing-masing.....

Aku pon nak kongsi jugak pengalaman aku bersalin :)

sejak dari usia kandungan  8 bulan++ aku dah tak drive pergi kerja bila ayah aku cuti dia hantar kalau tak Mr Z  yang akan hantar dan ambil aku balik kerja. Cam permaisuri :)


25 Jan 2010
Setelah berkira-kira aku dah tak larat nak membawa perut, aku plan nak ambil cuti awal
kalau ikut kiraan doctor due date aku 8 Feb 2010. Jadi bila bos aku pon dah bagi
green light untuk aku amik cuti awal aku nak mula amik cuti pada 29 Jan 2010.
Lebih kurang cuti 2 minggu awal dari tarikh bersalin lah..

26 Jan 2010
Petang masa di office ada sikit tanda darah, tapi langsung tak sakit. Balik dari kerja cam biasa
Mr Z datang jemput dekat office balik tu boleh singgah di kedai mamak minum teh tarik dulu.
Lepas pada tu tak ada tanda lagi dan langsung tak sakit.

27 Jan 2010
Rasa tak sedap hati nak pergi kerja memandangkan semalam dah ada tanda walaupon langsung
tak rasa sakit. Bila pikir-pikir baik ke hospital. Sampai hospital doctor cek bukaan dan hanya 1cm
Doctor tahan wad mungkin sebab kene seluk keluar darah lagi siap kene pakai pad..
Kene seluk memang sakit tapi untuk kurangkan rasa sakit masa kene seluk tu korang kene relax
jangan kemut ok... kalau kemut nanti tangan doctor tak boleh masuk @ tangan doctor tak boleh
keluar :))

Malam tu aku tidur lah di hospital tanpa rasa sakit, hinggalah keesokkan harinya... Tapi tido di
hospitalkan walaupon tak sakit mana boleh lena, malam tu aku berborak dengan kakak sebelah
katil aku, die cerita dah 2 hari die masuk hospital sakit contraction pon dah 2 hari hari tapi  masih
tak ada jalan... tiba-tiba tengah borak masuk sorang nurse tanya dekat kakak nie..
Penutup air selusuh tu dah bukak? Rupanya kakak tu cerita dia dah minum air selusuh
sebelum datang hospital, dan nurse-nurse tu tak kasi dia minum lagi sebab bila terlalu awal
minum air selusuh, jadi minum terlalu awal nanti tak ada jalan, pintu rahim tak nak terbuka..
Aku pon pelik sebab orang kata kalau minum air seluruh lagi mudah nak bersalin kan.....

Dan yang menakutkan aku, aku pon ada minum jugak..hahaha
Mak mertua aku bekalkan.. aku dah minum dalam 2..3 gelas....

Lebih kurang pukul 12.30tengah malam kakak sebelah aku ini bising panggil nurse
rupanya air ketuban die dah pecah sendiri tapi bila cek bukaan hanya 2cm
Kakak tu merana sepanjang malam lah menahan sakit.....

28 Jan 2010
Pagi tu doctor cek bukaan masih lagi 1 cm dan aku langsung tak sakit.
 Jadi aku mintak  untuk balik rehat dekat rumah jer.. Cerita pasal kakak sebelah katil
aku ini... lebih kurang pukul 7.00 pagi dia panggil nurse lagi tapi bukaan masih lagi 2cm
Jadi doctor takut baby lemas sebab air ketuban dia dah semakin kurang doctor decide
untuk operation lepas sudah azab kakak tu.. aku nie jer yang tak tau lagi macam mana.

Tengahari tu ajak Mr z pergi makan nasi campur dekat ampang jaya, makan bersungguh-
sungguh nie... Balik jer rumah aku ngan Mr Z dua2 membongkang tido sebab penat tak selesa
tidur dekat hospital.

Sehingglah malam aku masih tak sakit dan tak ada lagi sebarang tanda.. Malam tu aku call
ayah aku suruh balik kerja awal sebab aku teringin nak makan chicken chop dekat
menara tinjau.. Habis jer makan aku balik rumah, member call tanya kenapa aku tak jadi
bersalin? tiba-tiba member aku tanya ko ada minum air selusuh ker? aku cakap lah ada...
Dia kata patutlah ko tak jadi bersalin sebab minum air selusuh awal sangat. Dia kata air
selusuh tu boleh minum kalau dah bukak 5..6cm terus aku teringat dekat kakak sebelah
katil aku..ahahah

Aku tanya lah dekat dia aku dah minum nak buat macam mana? dia tanya aku ada bawak
balik tak air selusuh tu.... Aku cakap ada, member aku suruh aku bukak tutup botol air selusuh
tu.. Terus aku teringat dekat nurse yang suruh kakak sebelah katil aku bukak tutup botol...
Aku pon buka jerlah tutup air selusuh tu..

Habis jer borak di telefon aku nak tido badan rasa penat sangat tiba-tiba keluar darah
tanpa rasa sakit  terus kene pakai pad. Mr Z tanya aku nak pergi hospital tak? Aku tak nak
sebab aku rasa darah tu mungkin sebab kene seluk siang tadi dekat hospital. Malam tu
aku tido dengan lenanya....

29 Jan 2010
Pukul 5.00 pagi aku rasa sakit dekat perut, mula-mula rasa cam sakit nak terberak
tapi bukan nak berak aku kejut Mr Z cakap aku dah sakit dan soalan yang sama nak pergi hospital ker?
aku jawab nanti dulu... Dari sakit 15 minit dah jadi 10 minit aku dah macam kucing nak beranak
habis aku tawaf 1 rumah dah tak senang duduk,bila sakit tu hilang aku terlelap kejap dekat sofa
bila sakit tu datang balik dari tak senang duduk, yang tak syok nye Mr Z boleh tertidur pulak
dekat tas sofa... Aku dah sakit nie tapi kecian dia mungkin die penat hantar ambik aku balik hospital..

Lepas azan subuh aku rasa dah tak tahan, terus kejut Mr Z dan mak aku bagi tau aku nak pergi
hospital sebab sakit makin kerap 5 minit sekali... Aku pon mandi bersiap-siap terus ker hospital
Mr Z dengan mak aku hantar ke hospital. Sampai jer hospital aku terus masuk ke LB. Terus aku
kene salin baju sakit semakin menjadi-jadi bila aku baring jer pasang CTG untuk monitor gerakkan
baby dan tengok contraction aku... Bila baring baby pulak kurang gerak, nurse suruh aku mengereng
kanan mengereng kiri, sebab nak suruh baby bergerak. Setiap kali aku bergerak sakit makin
menjadi-jadi kalau ikut hati aku macam nak berjalan jer untuk kurangkan rasa sakit. Aku baring dalam
10 minit tiba-tiba aku rasa panas ada air keluar ingatkan aku terkencing bila aku tanya nurse dia cakap
air ketuban aku dah pecah.. Terus die masukkan ubat untuk kasi aku berak.. Adoi dahlah sakit
contraction tiba-tiba terus rasa sakit memulas-mulas nak berak.... Lepas berak jer nurse suruh tukar
kain lain.. kain tadi dah habis basah lenjun dengan air ketuban tadi. Yang kelakarnya aku boleh tanya
dekat nurse lepas tukar kain nak masuk wad dulu ker.... Apalah punya ngok... Menjerit nurse tu
Eh awak dan nak bersalin dah nie.... Mana suami awak? Aku pon tak tau mana laki aku
pergi parking kereta lama sangat.. Rupanya die tunggu dekat luar LB. Nurse panggil die masuk dan
mak aku dah balik sebab aku suruh die pergi kerja sebab aku tak tau plak aku nak bersalin, aku takut
cam 2 hari lepas sakit main-main.... Bila Mr Z masuk nurse suruh die duduk dulu sebab nurse tu
cakap nanti awak pulak yang penat die nak bersalin lambat lagi tu..... Dalam hati aku ha lambat lagi,
aku dah tak tahan sakit nie :(
Dalam masa dia bercakap dengan Mr Z, tangan aku dah masuk jarum nurse tu masukkan air
untuk percepatkan bukaan... bile masuk air jer terus aku jadi sejuk dan sakit makin menjadi-jadi.
Sakit yang tak dapat di bayangkan, tarlalu sakit. Aku rasa mengelodak dalam perut aku...
 Atas nasihat kawan office aku tak amik epidural aku cuma mintak gas jer.. Member office aku cakap
sakit bersalin sekejap jer, Kalau u amik epidural nanti sudah tua u sakit macam saya, sakit belakang,
bila u rasa sakit mau datang baru sedut gas... So aku pon amik gas jer aku rasalah macam ada kurang sikitlah sakit tu.. Lepas amik gas aku jadi lalok.. bila sakit ialang aku rasa aku boleh tertido kejap tapi
bila sakit tu datang balik jer Allah jer yang tau sakitnya macam mana.... Tapi aku rasa masa cepat
sangat berjalan dalam sedar tak sedar dekat pukul 10.30 nurse cek bukaan dah 6cm tapi dalam hati berkata-kata lagilama lagi lah nak tunggu sampai 10cm aku dah tak tahan sangat dengan sakit ini...
Mr Z yang tak berganjak dari sebelah aku tak henti-henti bagi semangat tak henti-henti cium dahi aku..
Sayu sangat masa tu.. Masa sakit tu datang barulah aku tau macam mana mak aku azab sakit
nak melahirkan aku dulu.. Rasa menyesal sangat sebab selalu melawan dia... Lebih kurang dalam
pukul 11.30 aku rasa cam nak meneran aku cakap dekat Mr Z panggil doctor dah rasa baby nak keluar..
Lepas tu datang nurse dia cakap 1 jam tadi baru sek baru 6cm belum lagi.. lama lagi.... dia menbebel-
bebel sambil pakai sarung tangan tiba-tiba bila die cek rupanya kepala baby dah dekat bawah.. Die pon kelam kabut panggil doctor. Semua dalam LB tu jadi kelam kabut, terus dorang bukak  CTG,
katil aku terus dinaikkan, keadaan aku masa tu separa duduk.. nurse suruh aku pegang lutut aku
dan tarik tapi masa tu aku rasa tenaga aku dah tak ada, tuk aku tarik lutut sendiri... bile semua dah sedia doctor suruh aku push.... kali pertama tak boleh... Doctor suruh aku relax, doctor kata kumpul kan tenaga bila contraction datang push sekuat hati....
Alhamdulillah puash kali ke2 aku rasa lega sangat semua yang ada dalam LR tu tak henti-henti bagi semangat... Keluar jer baby dengan kebesaran Allah  sakit yang mengila tadi terus ilang....
Mana entah pergi sakit tu.. Doctor panggil Mr Z untuk potong tali pusat baby..
Lepas nurse bersihkan baby terus dia letak baby atas dada aku.... Saat yang tak mampu nak diucapkan selama 9 bulan tertanya macam mana rupa anak aku.. Akhirnya dapat juga kami bertentangan mata...
Lepas jer Mr Z azan kan baby, Doctor mintak Mr z tunggu dekat luar sebab die nak keluarkan uri dan mulakan sesi menenun..haha... Masa keluarkan uri doctor cakap jangan teran dia akan tarik uri keluar..Lepas uri keluar doctor korek untuk keluarkan darah beku dan lebihan darah yang masih
tertinggal dekat dalam... tu pon sakit tau.. lepas tu sesi menjahit pulak... ini pon aku rasa sakit tapi
nasib baik jahitan tak banyak sebab baby kecik.... Lepah kurang 2 jam duduk dalam LB aku dihartar ke wad.. Alhamdululillah lepas baby dah kencing dan dah berak aku pon boleh balik...
Pengalaman pertama melahirkan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata... Walau pon sakit
bersalin Allah saja yang tau tapi sekarang aku tengah mengandung lagi anak yang ke2 usia kandungan
sekitar 22 minggu..hihi... Kali nie nak bersalin lagi rasa takut ok sebab dah tau macam mana rasa
sakit... kalau dulu tak ada pengalaman dengar orang bercerita jer.... apa pon tetap bersyukur kerana
bukan semua orang dapat merasa pengalaman sakit melahirkan :)

Beberapa jam selepas dilahirkan..













Popular Posts