Kalau dekat office ini asyik mengantuk jer mata ini... Ini pon dah berapa kali aku
menguap.. Kalau ikutkan rasa hati memang nak tido jer, tapi lagi syok kalau
aku dapat tilam dekat rumah.. hehee
Dekat office ini kalau nak baring kejap, baring atas sofa mana nak sama
dengan baring atas tilam kn :)
Cuma yang peliknya, yang mengantuk tak tertahan tu kenapa yer?
Dah lah sekarang ini tabiat aku kalau dah tido malam pukul 3 pagi
jer terjaga sebab lapa, so sekarang stock roti memang kene sentiasa
ada dekat rumah.. Setakat alas perut dengan air soya @ air milo
tak jalan.. Mesti kene ada benda yang kene makan...
Sekarang baru jer 22 minggu baru nak masuk 6 bulan, aku tak
taulah macam mana kalau aku sarat masuk 8 bulan nanti...
Mintak-mintak janganlah berlarutan, aku pon tak tau macam
mana nak ilangkan rasa mengtuk ini, tak syoklah kan datang
kerja untuk tido :p
Tapi kadang-kadang kalau dah tak tahan sangat aku terlelap jugak
dekat meja ini, mengantuk yang bukan sengaja dibuat-buat dan
langsung tak boleh nak tahan.. macam dah berapa malam tak tido
padahal sekarang pukul 11 malam jer aku dah masuk tido...
Badan penat sangat ker? sekarang balik dari kerja masih masak
macam selalu... Kalau nak ikut penat dan malas memang sentiasa malas
tak sampai hati nak bagi suami dan anak makan nasi bungkus..
Kalau sesekali tu tak perlah... Kalau asyik makan nasi bungkus mesti
bosankan... Tapi sekarang kalau masak aku tak delah masak macam-macam
cuma 1 atau 2 lauk jer... masak kejap pon rasa penat macam berlari keliling
padang...
Paling seronok bila MR Z cakap malam ini tak payah masak lah, kita makan luar jer
uiishhhh die punya seronok tu rasa nak lompat bintang.. hahahaaa
Happy giler.. sebab aku boleh makan macam-macam.. iyerlh salu dekat rumah aku
tu menu selalu ayam.. Mr z antu ayam.. ayam hari-hari pon tak per,
tapi cam aku kan sejak pregnant nie tak lalu sangat nak makan ayam...
tapi cuba kalau kasi aku big mac mcd..... laju jer aku makan...
boleh makan sebijik burger sampai licin ok! aku tak akan pelawa sapa-sapa...
sekarang ini masa tengah pregnant ini makan big mac sebiji pon ok tak delah
rasa bersalah sangat sebab dengan alasan anak yang nak makan.....
Nanti dah bersalin nanati aku dietlah... jangan bulan nie pergi klinik berat
aku naik 5kg sudah.. hahaha
Ha..... dah mengarut ini ilang skit mengantuk aku.... mood Happy skit :)
No comments:
Post a Comment