Friday, December 5

Ubat sakit Tekak

Lepas anak anak sihat keluar hospital badan aku dah rasa tak best  memang rasa nak demam, tapi tak demam jugak cuma rasa badan lemah jer lah, dah mula selsema, batuk dan akhir sekali aku perasan suara aku makin lama makin slow..batuk makin teruk pergi klinik dah 2 kali, ubat punya banyak bila pergi klinik doctor tukar ubat.. ada lah dalam 10 jenis ubat kot, ubat batuk ubat sakit tekak pon macam-mcam jernis dah try tak jalan jugak, akhirnya mc jugak 2 hari sebab suara makin tak ada, cakap pon suara kelur ujung-ujung jer.. Ini bukan lagi suara serak-serak basah tau, langsung tak keluar..  Huhu
 


Aku try ini lemon + madu, korang kalau sakit tekak atau hilang suara boleh lah try petua ini, korang perah lemon tu pekat-pekat, tapi memang lah masam mengila tapi nak baik kan.. masam-masam pon telan jerlah, ada dalam 2..3 kali jugak lah aku buat, tak delah sekali minum boleh terus baik amik masa jugaklah tapi syukur dalam 2 hari lepas tu ALLAH kembalikan semula nikmat bersuara..

Risau ok setiap kali bangun pagi jer aku aku mesti pikir, aku nie dah ada suara ker belum, aku ini makin ok ker makin teruk.. 

So korang boleh try ok.. Wah dah macam blog Petua Tradisional dah nie..hehee



Tuesday, November 25

Ziqrie & Zaffriel Bronchitis

Sekali lagi anak-anak kene bronchitis, tahun lepas pon pernah kena, clik sini kalau nak baca
minggu sebelum tu Mrz tak sihat batuk-batuk dekat rumah lepas mrz dah ok dengar pulak ziqrie yang batuk, cian ziqrie tengah tido terbatuk mesti muntah.. ada 2 ke 3 kali jugalah die muntah lepas batuk tak berhenti. bawak dah pergi klinik makan ubat klinik jerlah, lepas tu zaffriel pulak yang dah start batuk selsema... Bawak jugak lah zaffriel pergi klinik


Jumpa gf dekat klinik..


cun tak gf adik??

Lepas tu bagi ubat klinik jerlah, tapi masih sama jugak masih batuk dan selsema berlawan-lawan ziqrie dengan zaffriel.  Tapi alhamdulillah dorang tak demam.. Doctor klinik cakap dorang ok.. paru-paru ok..



Esok (jumaat) tu pon aku rasa anak-anak aku tak ok bila dorang bernafas berbunyi, macam orang asma, ziqrie masa tido bunyi berdengkur.. Jadi pergi klinik lagi pergi amik gas.. Tapi ziqrie doctor kata tak payah amik gas, ziqrie ok. Fine!

Sabtu lebih kurang pukul 10.30 malam macam tu aku dengan zaffriel nafas berbunyi lagi kuat, aku cakap dengan mrz kene bawak pergi hospital. Doctor dekat emergency tu kata zaffriel ok, cuma ziqrie yang kene amik gas. Tapi pada aku rasa zaffriel pon teruk jugak, tapi doc kata adik tak payah amik gas cuma bagi ubat makan jer..


Amik ubat pukul 12 malam boleh tahan seram jugak...hahaaa


1 plastik untuk ziqrie 1 untuk zaffriel..

Dari hari ahad sampai lah selasa ziqrie n zaffriel makan ubat hospital tapi aku rasa batuk dan selsema anak aku tak kurang, nafas masih berbunyi, so hari rabu aku bawak balik dorang pergi hospital jumpa dengan doc prediction, doc wong kata zaffriel ada banyak kahak dan ziqrie pon ada kahak tapi bunyi kahak die pelik sebab bunyi macam kahak die dah pekat sangat. Jadi dua2 masuk wad lah yer...


Sebelum jumpa doctor



Mula-mula ingat nak balik dulu sebab nak packing baju, dan nak datang balik sebelah petang tapi tak ada katil kosong kena tunggu sampai pihak hospital call..

Tunggu hospital call sampai ke esok pagi pon tak de call sudah nya aku pukul 11 pagi ajak mrz pergi hospita, nie kira macam aku pergi serah anak-anak dan diri sendiri dekat hospital.. aku lemah sebenarnya duduk hospital tapi nak buat macam mana demi anak-anak..


Tunggu nak dapatkan katil punyalah lama pukul 4.45ptg baru lah dapat bilik..



Tarik 1 katil lagi bawak masuk dekat bilik ini, 

Syukulah sepanjang sekat hospital anak-anak aku tak demam, dan dorang hanya berkurung jer dalam bilik aku tak kasi keluar sebab takut bercampur dengan budak-budak yang lain... takut berjangkit demam.. kalau demam nanti lagi kecian dekat dorang nanti kene masuk air pulak..

Jadi doctor kata ziqrie n zaffriel nebulizer dan makan antibiotic dan ziqrie kena pergi fisioterapi 2 kali sehari.



Mereka bertiga ini pon teman aku dengan anak-anak :)


Kecian kene kurung sebab suruh tido, lasak sangat 



Malam tu atok tak dapat datang hospital sebab habis kerja lambat jadi atok call zaffriel jer..



Pergi teman ziqrie buat fisioterapi tapi zaffriel pon sama naik sibuk, 


Tengok jer zaffriel duduk dekat sini lagi kuat adik tu mengangis


Ini bila dah terlalu lama duduk terkurung..


Cak!






Bercuti selama 5 hari 4 malam ziqrie seronok sampai tak nak balik...



Sekarang alhamdulillah anak-anak mama dah sihat, syukur ya Allah,,,












Thursday, October 30

Children Go-Kart / Mini Moto Quad

Ujung minggu bila entah, Mrz suruh siapkan anak-anak pergi main go kart.. 
Mula-mula aku ingat go kart jenis kereta yang macam biasa tu tapi yang nie lain skit..

Janji dengan kawan, eja ajak join sekali..




Nah sape nak beli call numb nie..


Masa ini baru sampai, tengah pilih nak yang mana 1..


Nayli anak eja, macam anak jepun



Boleh tahan bangla ini, pakai kan anak aku  warna pink..


Ok kita tukar warna ky.. mama tau anak mama tak suka warna pink..



Ok are you ready ziqrie??


Bismillahhirrahmanirrahim


Alah hemcem nye anak mama... eh tetiba..
\
Ok pelan-pelan, baru nak test power..


Uis dasyat sangat ini, belum ape-ape dah nak berdiri..



Bye ziqrie, hati-hati di jalan raya!


Hahaha.. baru 1 lap dah excident.. 


Kecian adik, adik kecik tak boleh lagi..


Ok adik pon nak pakai jugak..


Vrooommmmm....


ok adik dah ready nak race dengan abg..


Tapi adik naik dengan antie Eja


Eja kata adik siap buat bunyi moto..


Ok jom balik.. nanti kita datang lagi :)



Main benda alah nie RM10 untuk 15 minit, tty lah bawak anak korang main dekat sini (Aeon big ampang) mesti anak korang suka, dan mesti nak ajak datang lagi..








Wednesday, October 29

Little Caliphs Taman Kosas

Alhamdulillah selesai daftarkan tadika untuk ziqrie, post lepas bingung sangat tak tau mana 1 sekolah nak masukkan ziqrie. clik sini 

Lepas dah pikir, habis semua orang aku tanya minta pendapat... Buka you tube, review blog 
akhirnyasetelah bincang suami isteri.. gitu, oklah kita pilih Little Caliphs (LC) untuk sesi tahun 2015. 

Kenapa daftar dekat  LC sebab sekolah nie die Islamic Inggeris program jadi 18/10/2014 LC buat open day aku terus pergi nak daftar kan ziqrie. 


Gamba Google


Sebelum ini kan dah ada beberapa sekolah aku dah pergi melihat-lihat kawasan jadi lepas puas berpikir-pikir masa open day ari tu aku memang niat terus nak bayar duit registration.


Balance untuk sem 1 tu bayar masa bukak sekolah nanti, baju dengan buku tak beli lagi sebabnya mungkin harga baju anak naik lagi dan buku nak tukar yang lain pulak bukan buku yang sedia ada nie..



Bila sampai jer ziqrie dah tanya, ini school ziqrie ker mama? Wah ziqrie suka...


Zaffriel nie kan terlebih peramah, dekat semua orang die pergi.


Tengah tunggu turn nak bayar...



Adik tengok ape tu?


Bakal little caliphs insyallah, belajar pandai-pandai yer sayang.. cepat betul masa berlalu macam tak percaya anak dah nak masuk sekolah..

Bye!


Popular Posts