Ya Allah dugaan betul bila anak-anak sakit.. Ziqrie dan Zaffriel nanti bila abg dgn adik dah besar baca
blog mama nie.. mama nak anak-anak mama tau perkara yang paling merisaukan mama bila
anak-anak mama sakit... Mama rasa biar mama yang sakit daripada anak-anak mama yang sakit...
Sabtu 17.8.2013 - Anak-anak masih on off demam jadi terpaksa jugak aku bawak anak-anak pergi
ke ampang puteri jumpa dengan pakar peadiatrics Dr wong. Dr bagi ubat demam untuk ziqrie
tapi untuk adik dr kata dia mungkin ada jangkitan bronchitis jadi doc kata adik mungkin kene warded
tapi bila aku pikir-pikir aku baru jer lpas cuti raya dan dah el 2 hari minggu sebelum tu buat aku berpikir
panjang untuk warded adik. Aku tanya doctor ada tak cara lain selain adik masuk ward? Dr kata ada
caranya adik kene ulang alik ke hospital untuk nebulizer tujuan untuk cairkan kahak.
Jadi berulang aliklah kami 4 beranak ke APSH dan setiap kali melangkah kali keluar dari rumah
sentiasa berharap anak-anak akan sembuh dan sihat..
Masa adik pergi nub alhamdulillah abang dah sihat masa ini, dah mula nak main dah boleh makan
abang langsung tak pernah merungut penat masa bawak adik ulang alik pergi hospital..
Isnin 19.8.2012 - 21.8.2013 - Setiap hari 2 kali sehari kami terpaksa berulang alik ker hospital
untuk nub adik dan adik kene buat fisio. Demam adik dan abang masih on off, malam jer badan dorang akan panas balik setiap kali tu lah aku tak tidur malam sebab takut panas anak-anak akan terus panas...
Khamis 21.8.2013 - Demam adik dan abg masih on off jadi cara yang terbaik memang kene masuk ward
dr kata dia kana bagi ubat yang kuat sikit dan amik darah memandangkan demam still tak kebah-kebah.
Kali ini aku terpaksa ikut mungkin ini adalah yang terbaik untuk anak-anak aku..
Jadi APSH menjadi rumah persinggahan untuk kami...
Lepas ujian darah dan x-ray dr kata sel darah putih lebih dari darah merah.. Jadi cara rawatan adalah dengan masukkan antibiotik .
Isnin 26.8.2013 - Alhamdulillah anak-anak sudah boleh keluar hospital demam pon sudah kebah
adik still berkahak tapi boleh hilang dengan teruskan makan ubat.. Syukur ya allah dengan dugaan
yang kau berikan kepada hambamu ini... Berikan lah kesihatan yang berpanjangan untuk anak-anak
ku ya allah... Amin... Amin.. Amin..
No comments:
Post a Comment