Tuesday, January 31

Ziqrie Birthday 2012

 Happy Birthday Sayang..


Tahun nie beday ziqrie sambut hanya family2 jer.. Ayah suruh jugak sambut beday cucu kesayangan die
cam tahun lepas tapi disebabkan  tak layak dapat duit BR1M tak dapatlah nk sambut besar besaran..Hahaaaa

Jadi malam sebelum beday ziqrie wan dengan mak (makcik) nak sambut birthday ziqrie tepat pukul 12 tengahmalam.. tapi sebelum pukul 12 sajer nak happykan ziqrie bawak keluar  mainan yang ziqrie  dapat masa 1st beday dulu.. sekarang baru pandai main.. 

Ready!

Senyum dulu amik gamba

Test..Test
Sampai terlentok2 kepala


cheennnggg....


Cute tak kerusi die??? :)

Pastu wan dgn mak kasi ziqrie hadiah... Tadaaaaaa...



Saper yang bukak nie??
Lets me do it my self


Ehhhh.... Mainan!


Babah jgn kacau!!





Peace!!






Ketuk..ketuk..
Esok harinya pulak sambut dengan Atok, Opah & Ayah bob di Red Box Pavi..








Baru nak amik gamba...
''sorry kak x blh amik gamba''

Makanan x sedap





Mickey ker?? dah lah rupa x cantik
rase x sedap...
Ziqrie pandang jer kek tu...
mesti die ckp mickey ker? knp pelik je muka die...
























Korang nyanti lah, zq nak tido..











Birthday Present from Atok..
Lps habis melalak ayah mak & bob balik, tp kite orang 3 beranak ke Time Square.. sbb nk g tukar numb dari celcom ke U mobile...  Dan kami berjalan cuci cuci mata...

Tgk dulu ky next time mama bwk zq main kt dalam nie

Yeehhhh!




Beli ubt utk stem rambut sendiri kt ruma.. 



Sayang Babah!





Makanan feberet Ziqrie


Yummm Yummmm




Otw nak balik ruma.. borak ngan En hubby..

Izzan : B kek ziqrie td x sedap kan?
En Hubby : Ahah
Izzan : Rasa cm nk g complain r... dah lah mahal RM85.00
En Hubby : Emmmmm cuba call kedai tu..
Izzan : Ok  (Sambil mendail kedai kek)
Pekerja kedai kek (PKK) : Helloooo
Izzan : Dik saya yang tempah kek mickey mouse tu, nk bagi tau kek tak sedap. 
PKK : Ok akk bawak lah kek tu datang kedai
Sampai di kedai kek....

Izzan : B tunggu dalam kereta
En Hubby : Jangan gaduh tau!
Izzan : 
Masuk dalam kedai kek.. Hanya pekerja sahaja yang ada.. 2 orang perempuan indon..
sorang lelaki cina..

Izzan : Dik nie kek nya..(aku pon dah ckp cm indon nie..hahaaa)
PKK : saya rasa yer... emmmmm memang cam nie kak rasa keknya
Izzan : Tak delah.. lain tak sedap
PKK : kenapa x sedap?
Izzan : Ada rasa pisang!

PKK : Tak delah kak. saya tak rasa pon. mmg macam nie rasanya. kita tak pernah buat kek pisang
Izzan :
Izzan Sabar!!!!!
 PKK : Saya bukak 1 yang kecil yer...Akk rasa yer..
Izzan : Emmmmmm.... (sambil merasa) Saya rasa lain..
PKK: Saya rasa sama
Izzan : Tak sama, orang x nak makan sebb tak sedap
PKK : Mungkin orang tu x suka cholate. Nie moist chocolate cake kak..
Izzan : s@#%^&E#$^&$#E%^

Tiba2 pekerja cina tu pulak datang nak rasa...
PKK Cina : Iyerlah kek nie rasa lain.. ada pisang..
PKK : Iyer ker saya tak dapat rasa..
Izzan : Tak per saya tinggalkn kek nie kat sini awak makan sebijik kek nie sampai awak dapat rasa pisang.
PKK cina : call bos bagi tau. denga apa bos cakap

Pkk terus call bos...
PKK : Kak bos kata akk boleh tukar dengan kek. tak boleh pilangkan duit.
Izzan : Ok.. tu pon dah cukup baik...



Yes.. muka riak tersangat puas hati!!!

Pulang ke rumah dengan hati yang gguuummmbira...





Disebabkan ada kek baru.. ziqrie potong kek lagi sekali :)










Happy Birthday Arieff Ziqrie





Monday, January 30

Charger / USB Cable


Semangat berkobar kobar nak update blog semperna beday ziqrie semlm... Tp cari Usb cable tak jumpa..
dah lah Camera samsung nie 2in1.. eemmmmm beteri pon dah habis.. card reader pon tak de.. tuuuu duit tuuuu... bala..bala...



Friday, January 27

Ampang Point ----> Popular ----> Novel

Huhuhuhu baik punya gecek... Dapat novel free...
bob sgt bermurah hari bg RM50 untuk beli novel, tq bob..
Dah lama giler kot tak beli novel baru..
pergi popular dengan En hubby dan hero kecik (ziqrie) dapat rembat 3 buah novel..
Ingat pergi nak beli novel Gemersik kalbu tp dah sold out...
cite tu sekarang tengah tayang sekarang kt TV3 tu yang sibuk semua orang  nak beli tu..


Jadi di sebabkan novel yang dicari tak ada.. beli lah novel lain..


1. 7 hari mencintaiku - Novel ini sebenarnya dah baca tapi pinjam kawan punya, dulu penah terpikir nak beli tapi mahal sangat RM32++ tp hari tu popular bagi diskaun untuk member dapat RM24++ so rembatlah sbb nak colection tak mustahil mungin novel nie pulak kelayar perak.. jalan cerita menarik..

2.  Kau tetap Di sisi - yang nie belum baca lagi - tp nak kongsi sikit sinopsis novel nie yer..
Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina. Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya. Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.

3. Jangan Ganggu Lenaku - Novel nie bari baca half way menarik gak novel nie - JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa? 

So En Hubby dah bagi tau td.. esok die bzy dangan kerja2 sendiri... so apabila hero kecik tido kita boleh baca novel lah.. :)

ok bye!




Thursday, January 26

Manjaku Ziqrie


Bulan ini ziqrie akan berganjak ke usia 2 tahun
Cepat benar rasanya masa berlalu
Baru benar rasanya mama dan papa berkahwin
Setiap hari kami berdoa pada yang Maha Esa
Agar kami dikurniakan zuriat
Syukur Allah mendengar suara hati kami
setelah 7 bulan mama dan papa menanti
Akhirnya ada seorang insan yang membesar di dalam rahim mama...

Rasanya baru seperti semlm mendengar ziqrie pandai ketawa
Ziqrie merangkak, Ziqrie bertahtih jatuh dan bangun semula
Mama dan babah tidak pernah jemu mengajar Ziqrie berjalan..

Setiap hari wajah ziqrie ada dimana mana
Di skrn telefon, di  atas meja, di skrn computer, di dalam facebook
Ziqrie sentiasa dihati dan didalam  fikiran mama
Apa saja yang mama lakukan pasti wajah bersih ziqrie ada dimana mana...

Mama rase sedih bila setiap pagi terpaksa tinggalkan ziqrie
Setiap kali itulah air mata mama akan mengalir
Akan terasa sebak didalam hati
Bila ziqrie salam dan melambai mama
Jika boleh mama tak mahu ziqrie terjaga dari tidur
Mama rasa bersalah kerana terpaksa tinggalkan ziqrie..

Mama cemburu apabila orang lain melihat perkembangan ziqrie 
biasanya mama akan menjadi orang yang terakhir yang dapat tahu
semua orang bercerita ziqrie dah pandai itu, 
ziqrie dah pandai ini.
Tapi mama bersyukur kerana wan yang menjaga ziqrie
pastinnya ziqrie diberi perlindungan dan pastinya dalam jagaan penuh kasih sayang
mungkin mama tidak akan setenang bergini jika mama menghantar ziqie ke pangasuh..

Gelagat ziqrie sentiasa menceriakan orang yang berada di sekeliling ziqrie
Dari lahir lagi ziqrie anak yang baik
Tidak pandai meragam walau demam panas sekali pon
Tidak pernah merengek walau batuk dan selsema
Mama tidak pernah merasa beban dengan ada nya ziqrie dalam hidup mama..

Kadangkala mama akan marah ziqri bila ziqrie buat salah 
Mama juga akan sama menangis bila mama tenung wajah ziqrie sewaktu tidur
Mama rasa bersalah kerana marahkan ziqrie
Maafkan mama sayang kerana membuatkan ziqrie menangis..

Hanya hujung minggu mama boleh habiskan masa bersama ziqrie
Mama boleh mandikan ziqrie
Mama boleh suapkan makanan ke mulut ziqrie
Mama boleh menonton cartoon bersama ziqrie
Mama boleh menari bersama ziqrie..

Setiap hari hanya beberapa jam mama dan babah boleh habiskan masa bersama ziqrie
Bila ziqrie dah penat sebab seharian bermain 
Ziqrie akan minta mama tidurkan ziqrie
Bila ziqrie tidur 
Mama tak pernah puas menggengam jari jemari kecik ziqrie
Mama tak pernah rasa puas menatap wajah comel ziqrie
Wajah yang sentiasa menceriakan hari hari mama
Wajah yang sentiasa membuatkan mama dan babah ketawa..

Hati semakin tersentuh bila ziqrie dah pandai berkata kata
'' Mama nak tutu''
Itu sudah cukup mambuatkan mama bersyukur dan gembira diatas kurniaanya pada mama
Ziqrie permata mama yang tidak ternilai harganya..

Banyak lagi yang perlu ziqrie tempuh
Ziqrie baru hendak mulakan perjalanan
InsyALLAH mama akan terus memerhatikan ziqrie
InsyALLAH mama akan terus mendampingi ziqrie

Tapi ingat yer sayang 
Walau sejauh mana pon ziqire berlari
Walau setinggi mana pon ziqrie cuba untuk terbang mengapai awan
Jangan sekali kali ziqrie lupa
Bumi yang kita jejaki..

Sekiranya mama dapat mencapai awan dan pelangi 
Pastinya mama akan serahkan pada ziqrie
Supaya berbagai warna warni akan sentiasa mewarnai hidup ziqrie..

Ziqrie Sayang
Walau apa pon yang terjadi dan bakal terjadi 
Kasih mama dan papa tidak berbelah bagi
pasti juga tiada penghujungnya
Ziqrie adalah amanah dari ALLAH yang tidak terhingga
Sayangilah mama seperti mana mama menyayangi ziqrie
Kasih lah mama seperti mana mama kasihkan ziqrie
Tidak dapat mama bayangkan hidup mama tanpa ziqrie..

Selamat ulang tahun yang ke-2
Mama sentiasa doakan ziqrie akan sentiasa dilindungi 
Semoga ziqrie akan menjadi anak yang soleh
Anak yang berjasa pada keluarga
Bangsa dan juga agama..

Amin..Amin..Amin...




















Popular Posts