Thursday, January 26

Manjaku Ziqrie


Bulan ini ziqrie akan berganjak ke usia 2 tahun
Cepat benar rasanya masa berlalu
Baru benar rasanya mama dan papa berkahwin
Setiap hari kami berdoa pada yang Maha Esa
Agar kami dikurniakan zuriat
Syukur Allah mendengar suara hati kami
setelah 7 bulan mama dan papa menanti
Akhirnya ada seorang insan yang membesar di dalam rahim mama...

Rasanya baru seperti semlm mendengar ziqrie pandai ketawa
Ziqrie merangkak, Ziqrie bertahtih jatuh dan bangun semula
Mama dan babah tidak pernah jemu mengajar Ziqrie berjalan..

Setiap hari wajah ziqrie ada dimana mana
Di skrn telefon, di  atas meja, di skrn computer, di dalam facebook
Ziqrie sentiasa dihati dan didalam  fikiran mama
Apa saja yang mama lakukan pasti wajah bersih ziqrie ada dimana mana...

Mama rase sedih bila setiap pagi terpaksa tinggalkan ziqrie
Setiap kali itulah air mata mama akan mengalir
Akan terasa sebak didalam hati
Bila ziqrie salam dan melambai mama
Jika boleh mama tak mahu ziqrie terjaga dari tidur
Mama rasa bersalah kerana terpaksa tinggalkan ziqrie..

Mama cemburu apabila orang lain melihat perkembangan ziqrie 
biasanya mama akan menjadi orang yang terakhir yang dapat tahu
semua orang bercerita ziqrie dah pandai itu, 
ziqrie dah pandai ini.
Tapi mama bersyukur kerana wan yang menjaga ziqrie
pastinnya ziqrie diberi perlindungan dan pastinya dalam jagaan penuh kasih sayang
mungkin mama tidak akan setenang bergini jika mama menghantar ziqie ke pangasuh..

Gelagat ziqrie sentiasa menceriakan orang yang berada di sekeliling ziqrie
Dari lahir lagi ziqrie anak yang baik
Tidak pandai meragam walau demam panas sekali pon
Tidak pernah merengek walau batuk dan selsema
Mama tidak pernah merasa beban dengan ada nya ziqrie dalam hidup mama..

Kadangkala mama akan marah ziqri bila ziqrie buat salah 
Mama juga akan sama menangis bila mama tenung wajah ziqrie sewaktu tidur
Mama rasa bersalah kerana marahkan ziqrie
Maafkan mama sayang kerana membuatkan ziqrie menangis..

Hanya hujung minggu mama boleh habiskan masa bersama ziqrie
Mama boleh mandikan ziqrie
Mama boleh suapkan makanan ke mulut ziqrie
Mama boleh menonton cartoon bersama ziqrie
Mama boleh menari bersama ziqrie..

Setiap hari hanya beberapa jam mama dan babah boleh habiskan masa bersama ziqrie
Bila ziqrie dah penat sebab seharian bermain 
Ziqrie akan minta mama tidurkan ziqrie
Bila ziqrie tidur 
Mama tak pernah puas menggengam jari jemari kecik ziqrie
Mama tak pernah rasa puas menatap wajah comel ziqrie
Wajah yang sentiasa menceriakan hari hari mama
Wajah yang sentiasa membuatkan mama dan babah ketawa..

Hati semakin tersentuh bila ziqrie dah pandai berkata kata
'' Mama nak tutu''
Itu sudah cukup mambuatkan mama bersyukur dan gembira diatas kurniaanya pada mama
Ziqrie permata mama yang tidak ternilai harganya..

Banyak lagi yang perlu ziqrie tempuh
Ziqrie baru hendak mulakan perjalanan
InsyALLAH mama akan terus memerhatikan ziqrie
InsyALLAH mama akan terus mendampingi ziqrie

Tapi ingat yer sayang 
Walau sejauh mana pon ziqire berlari
Walau setinggi mana pon ziqrie cuba untuk terbang mengapai awan
Jangan sekali kali ziqrie lupa
Bumi yang kita jejaki..

Sekiranya mama dapat mencapai awan dan pelangi 
Pastinya mama akan serahkan pada ziqrie
Supaya berbagai warna warni akan sentiasa mewarnai hidup ziqrie..

Ziqrie Sayang
Walau apa pon yang terjadi dan bakal terjadi 
Kasih mama dan papa tidak berbelah bagi
pasti juga tiada penghujungnya
Ziqrie adalah amanah dari ALLAH yang tidak terhingga
Sayangilah mama seperti mana mama menyayangi ziqrie
Kasih lah mama seperti mana mama kasihkan ziqrie
Tidak dapat mama bayangkan hidup mama tanpa ziqrie..

Selamat ulang tahun yang ke-2
Mama sentiasa doakan ziqrie akan sentiasa dilindungi 
Semoga ziqrie akan menjadi anak yang soleh
Anak yang berjasa pada keluarga
Bangsa dan juga agama..

Amin..Amin..Amin...




















2 comments:

sitinazirah86 said...

salam,sedih ira bc..tetiba meleleh,hehehe

Yanti Othman said...

happy birthday ziqrie.. moga membesar sebagai anak yg soleh..

Popular Posts