Friday, February 8

Apa Boleh Buat!

Hari ini 8 Feb 2013 dah masuk 38 minggu pregnant... Tapi baby masih nak duduk dalam perut mama,
sekali sekala ada lah rasa contraction tapi tak lama dan tak kerap. Jadi mari abaikan sahaja tu bukan
tanda nak bersalin..

Keadaan diri masa ini amat penat, wwwwaaaaaaaaaaa semua dah start sakit, buat kerja sikit pon malas tahap melampau tapi kadang-kadang paksa juga untuk buat iyerlah bukan ada maid nak tolong buatkan
kadang-kadang minta tolong Mr Z buat kerja rumah sikit-sikit tapi biasalah orang lelaki nak ken ketok baru lah bergerak... Aku nie pulak jenis tak suka nak minta tolong orang selagi mampu aku buat sendiri..

Minggu ini aku MC dah 3 hari penat sakit belakang, tu pon bos dah kecoh nak tengok semua MC
eemmmmmmm takut aku tipu agaknye... Ko nak aku bagi.... Orang sekeliling sibuk duk tanya bila nak bersalin, dah cukup bulan ker belum... pastu cakap kalau dah cukup bulan anytime boleh bersalin kenapa tak rehat kat rumah kenapa datang kerja.. jawapannye di atas yer... sila paham-paham senndiri... Kalau ikutkan hati memang dah malas pon nak datang kerja, tapi ko ingat Mr Rosdin ada share ker dalam company ini... haha... Jadi kesimpulannya tawakal sahaja kepada Allah dia lebih mengetahui apa yang berbaik untuk hambanya.... Kalau rezeki aku nak sakit bersalin dekat rumah tu Alhamdulillah rezeki, tapi kalau sakit masa dekat office @ pecah air ketuban dekat office ha... hadap lah.....

Minggu nie datang office dah tak drive, bukan aku yang tak nak drive tp Mr Z yang tak kasi aku drive sendiri, die pon dah naik kesian kot tengok bini die jalan lambat macam kura-kura... Abistu cam ner tak cam kura-kura dekat dengan miss V tu dah terasa sakit.. Masa pergi checkup semalam doctor scan doctor kata kepala memang dah duduk dekat bawah, sekarang ini pon kalau nak terkencing  rasanya dah tak boleh nak tahan-tahan dah... rasa macam dah tak boleh nak tahan sangat dah... Kepala naik stress kalau pikir pasal nak bersalin ini, takut menguasai diri..hahaha... takut nak hadap sakit, kaki bengkak jangan cakap lah, ari tu cantik jer kaki aku tak bengkak langsung tapi lepas birthday ziqrie ari tu terlalu lama sangat berdiri agak nya sejak tu lah kaki membengkak dengan jaya nya... bila malam setiap kali aku nak tido mesti aku tengok kaki aku, sekali pandang nampak kebengkakkan nya dua kali pandang dah macam kaki anak gajah (kene pandang tahap anak lagi ok, kalau cakap cam mak @ bapak gajah besar sgt... tak nak mengaku lagi) untuk kali ke tiga aku tak sanggup dah nak pandang..hahahaha

Hari ini pon aku tercongok kat office, jasad di sini tapi hati dekat rumah macam tengoh syok baring-baring dengan ziqrie depan tv tapi itu hanya angan-angan... Minggu depan cuti panjang tahun baru cina kalau aku tak bersalin lagi nampak gayanya minggu depan aku datang lagi lah ke tempat mencari rejeki ini..... Harap-harap semuanya goes well, semoga Allah permudahkan segalanya, Semoga aku dan anak yang aku kandungkan 9 bulan ini sihat dan cukup sifat.. Amin.....


1 comment:

Raz said...

semoga selamat melahirkan :)

Popular Posts