Thursday, October 18

Pembawa budak ker?

Entah lah yer sekarang ini aku pelik betul dengan diri sendiri.. Mengatuk bukan main..
Kalau dekat office ini asyik mengantuk jer mata ini... Ini pon dah berapa kali aku 
menguap.. Kalau ikutkan rasa hati memang nak tido jer, tapi lagi syok kalau 
aku dapat tilam dekat rumah.. hehee
Dekat office ini kalau nak baring kejap, baring atas sofa mana nak sama 
dengan baring atas tilam kn :)

Cuma yang peliknya, yang mengantuk tak tertahan tu kenapa yer?
Dah lah sekarang ini tabiat aku kalau dah tido malam pukul 3 pagi
jer terjaga sebab lapa, so sekarang stock roti memang kene sentiasa
ada dekat rumah.. Setakat alas perut dengan air soya @ air milo 
tak jalan.. Mesti kene ada benda yang kene makan...

Sekarang baru jer 22 minggu baru nak masuk 6 bulan, aku tak
taulah macam mana kalau aku sarat masuk 8 bulan nanti...
Mintak-mintak janganlah berlarutan, aku pon tak tau macam
mana nak ilangkan rasa mengtuk ini, tak syoklah kan datang 
kerja untuk tido :p

Tapi kadang-kadang kalau dah tak tahan sangat aku terlelap jugak 
dekat meja ini, mengantuk yang bukan sengaja dibuat-buat dan
langsung tak boleh nak tahan.. macam dah berapa malam tak tido
padahal sekarang pukul 11 malam jer aku dah masuk tido...
Badan penat sangat ker? sekarang balik dari kerja masih masak
macam selalu... Kalau nak ikut penat dan malas memang sentiasa malas
tak sampai hati nak bagi suami dan anak makan nasi bungkus..
Kalau sesekali tu tak perlah... Kalau asyik makan nasi bungkus mesti 
bosankan... Tapi sekarang kalau masak aku tak delah masak macam-macam
cuma 1 atau 2 lauk jer... masak kejap pon rasa penat macam berlari keliling
padang... 

Paling seronok bila MR Z cakap malam ini tak payah masak lah, kita makan luar jer
uiishhhh die punya seronok tu rasa nak lompat bintang.. hahahaaa
Happy giler.. sebab aku boleh makan macam-macam.. iyerlh salu dekat rumah aku
tu menu selalu ayam.. Mr z antu ayam.. ayam hari-hari pon tak per,
tapi cam aku kan sejak pregnant nie tak lalu sangat nak makan ayam...
tapi cuba kalau kasi aku big mac mcd..... laju jer aku makan...
boleh makan sebijik burger sampai licin ok! aku tak akan pelawa sapa-sapa...
sekarang ini masa tengah pregnant ini makan big mac sebiji pon ok tak delah
rasa bersalah sangat sebab dengan alasan anak yang nak makan.....
Nanti dah bersalin nanati aku dietlah... jangan bulan nie pergi klinik berat 
aku naik 5kg sudah.. hahaha

Ha..... dah mengarut ini ilang skit mengantuk aku.... mood Happy skit :)





Tuesday, October 16

Pengalaman Bersalin ~ Arieff Ziqrie

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakkannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandunganya.

3. Purata kehilangan darah sewaktu proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del tetapi semasa bersalin
ibu mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

5. Apabila seorang ibu sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

6. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa yang lepas.

7. Ibu bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

8. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkan pahala menunaikan haji.

Aku nie sejak mengandung dah masuk 5 bulan asyik baca pasal pengalaman bersalin orang jer.
Bersalin niekan rata-rata yang aku baca semuanya ikut rezeki masing-masing, ada yang senang
sangat sakit sikit terus bersalin... ada yang berhari-hari tenggung sakit.... Semua Allah dah
tetapkan bahagian masing-masing.....

Aku pon nak kongsi jugak pengalaman aku bersalin :)

sejak dari usia kandungan  8 bulan++ aku dah tak drive pergi kerja bila ayah aku cuti dia hantar kalau tak Mr Z  yang akan hantar dan ambil aku balik kerja. Cam permaisuri :)


25 Jan 2010
Setelah berkira-kira aku dah tak larat nak membawa perut, aku plan nak ambil cuti awal
kalau ikut kiraan doctor due date aku 8 Feb 2010. Jadi bila bos aku pon dah bagi
green light untuk aku amik cuti awal aku nak mula amik cuti pada 29 Jan 2010.
Lebih kurang cuti 2 minggu awal dari tarikh bersalin lah..

26 Jan 2010
Petang masa di office ada sikit tanda darah, tapi langsung tak sakit. Balik dari kerja cam biasa
Mr Z datang jemput dekat office balik tu boleh singgah di kedai mamak minum teh tarik dulu.
Lepas pada tu tak ada tanda lagi dan langsung tak sakit.

27 Jan 2010
Rasa tak sedap hati nak pergi kerja memandangkan semalam dah ada tanda walaupon langsung
tak rasa sakit. Bila pikir-pikir baik ke hospital. Sampai hospital doctor cek bukaan dan hanya 1cm
Doctor tahan wad mungkin sebab kene seluk keluar darah lagi siap kene pakai pad..
Kene seluk memang sakit tapi untuk kurangkan rasa sakit masa kene seluk tu korang kene relax
jangan kemut ok... kalau kemut nanti tangan doctor tak boleh masuk @ tangan doctor tak boleh
keluar :))

Malam tu aku tidur lah di hospital tanpa rasa sakit, hinggalah keesokkan harinya... Tapi tido di
hospitalkan walaupon tak sakit mana boleh lena, malam tu aku berborak dengan kakak sebelah
katil aku, die cerita dah 2 hari die masuk hospital sakit contraction pon dah 2 hari hari tapi  masih
tak ada jalan... tiba-tiba tengah borak masuk sorang nurse tanya dekat kakak nie..
Penutup air selusuh tu dah bukak? Rupanya kakak tu cerita dia dah minum air selusuh
sebelum datang hospital, dan nurse-nurse tu tak kasi dia minum lagi sebab bila terlalu awal
minum air selusuh, jadi minum terlalu awal nanti tak ada jalan, pintu rahim tak nak terbuka..
Aku pon pelik sebab orang kata kalau minum air seluruh lagi mudah nak bersalin kan.....

Dan yang menakutkan aku, aku pon ada minum jugak..hahaha
Mak mertua aku bekalkan.. aku dah minum dalam 2..3 gelas....

Lebih kurang pukul 12.30tengah malam kakak sebelah aku ini bising panggil nurse
rupanya air ketuban die dah pecah sendiri tapi bila cek bukaan hanya 2cm
Kakak tu merana sepanjang malam lah menahan sakit.....

28 Jan 2010
Pagi tu doctor cek bukaan masih lagi 1 cm dan aku langsung tak sakit.
 Jadi aku mintak  untuk balik rehat dekat rumah jer.. Cerita pasal kakak sebelah katil
aku ini... lebih kurang pukul 7.00 pagi dia panggil nurse lagi tapi bukaan masih lagi 2cm
Jadi doctor takut baby lemas sebab air ketuban dia dah semakin kurang doctor decide
untuk operation lepas sudah azab kakak tu.. aku nie jer yang tak tau lagi macam mana.

Tengahari tu ajak Mr z pergi makan nasi campur dekat ampang jaya, makan bersungguh-
sungguh nie... Balik jer rumah aku ngan Mr Z dua2 membongkang tido sebab penat tak selesa
tidur dekat hospital.

Sehingglah malam aku masih tak sakit dan tak ada lagi sebarang tanda.. Malam tu aku call
ayah aku suruh balik kerja awal sebab aku teringin nak makan chicken chop dekat
menara tinjau.. Habis jer makan aku balik rumah, member call tanya kenapa aku tak jadi
bersalin? tiba-tiba member aku tanya ko ada minum air selusuh ker? aku cakap lah ada...
Dia kata patutlah ko tak jadi bersalin sebab minum air selusuh awal sangat. Dia kata air
selusuh tu boleh minum kalau dah bukak 5..6cm terus aku teringat dekat kakak sebelah
katil aku..ahahah

Aku tanya lah dekat dia aku dah minum nak buat macam mana? dia tanya aku ada bawak
balik tak air selusuh tu.... Aku cakap ada, member aku suruh aku bukak tutup botol air selusuh
tu.. Terus aku teringat dekat nurse yang suruh kakak sebelah katil aku bukak tutup botol...
Aku pon buka jerlah tutup air selusuh tu..

Habis jer borak di telefon aku nak tido badan rasa penat sangat tiba-tiba keluar darah
tanpa rasa sakit  terus kene pakai pad. Mr Z tanya aku nak pergi hospital tak? Aku tak nak
sebab aku rasa darah tu mungkin sebab kene seluk siang tadi dekat hospital. Malam tu
aku tido dengan lenanya....

29 Jan 2010
Pukul 5.00 pagi aku rasa sakit dekat perut, mula-mula rasa cam sakit nak terberak
tapi bukan nak berak aku kejut Mr Z cakap aku dah sakit dan soalan yang sama nak pergi hospital ker?
aku jawab nanti dulu... Dari sakit 15 minit dah jadi 10 minit aku dah macam kucing nak beranak
habis aku tawaf 1 rumah dah tak senang duduk,bila sakit tu hilang aku terlelap kejap dekat sofa
bila sakit tu datang balik dari tak senang duduk, yang tak syok nye Mr Z boleh tertidur pulak
dekat tas sofa... Aku dah sakit nie tapi kecian dia mungkin die penat hantar ambik aku balik hospital..

Lepas azan subuh aku rasa dah tak tahan, terus kejut Mr Z dan mak aku bagi tau aku nak pergi
hospital sebab sakit makin kerap 5 minit sekali... Aku pon mandi bersiap-siap terus ker hospital
Mr Z dengan mak aku hantar ke hospital. Sampai jer hospital aku terus masuk ke LB. Terus aku
kene salin baju sakit semakin menjadi-jadi bila aku baring jer pasang CTG untuk monitor gerakkan
baby dan tengok contraction aku... Bila baring baby pulak kurang gerak, nurse suruh aku mengereng
kanan mengereng kiri, sebab nak suruh baby bergerak. Setiap kali aku bergerak sakit makin
menjadi-jadi kalau ikut hati aku macam nak berjalan jer untuk kurangkan rasa sakit. Aku baring dalam
10 minit tiba-tiba aku rasa panas ada air keluar ingatkan aku terkencing bila aku tanya nurse dia cakap
air ketuban aku dah pecah.. Terus die masukkan ubat untuk kasi aku berak.. Adoi dahlah sakit
contraction tiba-tiba terus rasa sakit memulas-mulas nak berak.... Lepas berak jer nurse suruh tukar
kain lain.. kain tadi dah habis basah lenjun dengan air ketuban tadi. Yang kelakarnya aku boleh tanya
dekat nurse lepas tukar kain nak masuk wad dulu ker.... Apalah punya ngok... Menjerit nurse tu
Eh awak dan nak bersalin dah nie.... Mana suami awak? Aku pon tak tau mana laki aku
pergi parking kereta lama sangat.. Rupanya die tunggu dekat luar LB. Nurse panggil die masuk dan
mak aku dah balik sebab aku suruh die pergi kerja sebab aku tak tau plak aku nak bersalin, aku takut
cam 2 hari lepas sakit main-main.... Bila Mr Z masuk nurse suruh die duduk dulu sebab nurse tu
cakap nanti awak pulak yang penat die nak bersalin lambat lagi tu..... Dalam hati aku ha lambat lagi,
aku dah tak tahan sakit nie :(
Dalam masa dia bercakap dengan Mr Z, tangan aku dah masuk jarum nurse tu masukkan air
untuk percepatkan bukaan... bile masuk air jer terus aku jadi sejuk dan sakit makin menjadi-jadi.
Sakit yang tak dapat di bayangkan, tarlalu sakit. Aku rasa mengelodak dalam perut aku...
 Atas nasihat kawan office aku tak amik epidural aku cuma mintak gas jer.. Member office aku cakap
sakit bersalin sekejap jer, Kalau u amik epidural nanti sudah tua u sakit macam saya, sakit belakang,
bila u rasa sakit mau datang baru sedut gas... So aku pon amik gas jer aku rasalah macam ada kurang sikitlah sakit tu.. Lepas amik gas aku jadi lalok.. bila sakit ialang aku rasa aku boleh tertido kejap tapi
bila sakit tu datang balik jer Allah jer yang tau sakitnya macam mana.... Tapi aku rasa masa cepat
sangat berjalan dalam sedar tak sedar dekat pukul 10.30 nurse cek bukaan dah 6cm tapi dalam hati berkata-kata lagilama lagi lah nak tunggu sampai 10cm aku dah tak tahan sangat dengan sakit ini...
Mr Z yang tak berganjak dari sebelah aku tak henti-henti bagi semangat tak henti-henti cium dahi aku..
Sayu sangat masa tu.. Masa sakit tu datang barulah aku tau macam mana mak aku azab sakit
nak melahirkan aku dulu.. Rasa menyesal sangat sebab selalu melawan dia... Lebih kurang dalam
pukul 11.30 aku rasa cam nak meneran aku cakap dekat Mr Z panggil doctor dah rasa baby nak keluar..
Lepas tu datang nurse dia cakap 1 jam tadi baru sek baru 6cm belum lagi.. lama lagi.... dia menbebel-
bebel sambil pakai sarung tangan tiba-tiba bila die cek rupanya kepala baby dah dekat bawah.. Die pon kelam kabut panggil doctor. Semua dalam LB tu jadi kelam kabut, terus dorang bukak  CTG,
katil aku terus dinaikkan, keadaan aku masa tu separa duduk.. nurse suruh aku pegang lutut aku
dan tarik tapi masa tu aku rasa tenaga aku dah tak ada, tuk aku tarik lutut sendiri... bile semua dah sedia doctor suruh aku push.... kali pertama tak boleh... Doctor suruh aku relax, doctor kata kumpul kan tenaga bila contraction datang push sekuat hati....
Alhamdulillah puash kali ke2 aku rasa lega sangat semua yang ada dalam LR tu tak henti-henti bagi semangat... Keluar jer baby dengan kebesaran Allah  sakit yang mengila tadi terus ilang....
Mana entah pergi sakit tu.. Doctor panggil Mr Z untuk potong tali pusat baby..
Lepas nurse bersihkan baby terus dia letak baby atas dada aku.... Saat yang tak mampu nak diucapkan selama 9 bulan tertanya macam mana rupa anak aku.. Akhirnya dapat juga kami bertentangan mata...
Lepas jer Mr Z azan kan baby, Doctor mintak Mr z tunggu dekat luar sebab die nak keluarkan uri dan mulakan sesi menenun..haha... Masa keluarkan uri doctor cakap jangan teran dia akan tarik uri keluar..Lepas uri keluar doctor korek untuk keluarkan darah beku dan lebihan darah yang masih
tertinggal dekat dalam... tu pon sakit tau.. lepas tu sesi menjahit pulak... ini pon aku rasa sakit tapi
nasib baik jahitan tak banyak sebab baby kecik.... Lepah kurang 2 jam duduk dalam LB aku dihartar ke wad.. Alhamdululillah lepas baby dah kencing dan dah berak aku pon boleh balik...
Pengalaman pertama melahirkan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata... Walau pon sakit
bersalin Allah saja yang tau tapi sekarang aku tengah mengandung lagi anak yang ke2 usia kandungan
sekitar 22 minggu..hihi... Kali nie nak bersalin lagi rasa takut ok sebab dah tau macam mana rasa
sakit... kalau dulu tak ada pengalaman dengar orang bercerita jer.... apa pon tetap bersyukur kerana
bukan semua orang dapat merasa pengalaman sakit melahirkan :)

Beberapa jam selepas dilahirkan..













Monday, October 15

Ayam Penyet AP

Minggu lepas aku tak kerja... ajak ziqrie teman pergi klinik sebab amik kalsium
lepas pergi klinik perut lapar.. mula-mula ingat nak makan dekat Ani Sup Utara tapi
tutup... tak tau lah tutup untuk hari tu jer @ tutup terus :)

Jadi otw nak balik rumah tu untuk menyenangkan aku singgah dekat Bandar Baru Ampang
jer... Singgah makan dekat kedai ayam penyet Ap.... Dulu pernah sekali makan dekat sini
dengan bob dan mak.....

Kali nie pergi aku tak nak makan ayam penyet sebab sejak pregnant ini tekak aku
tak berapa nak terima ayam... Aku rasa ayam tu cam pelik sangat.. kalau tak sebelum ini
ayam tu aku telan sambil pejam mata... terlalu sedap..aaahahaha

Jadi makan ari tu aku aku order Daging Rendang Sapi


Oklah rendang die memang sedap ada rasa cam makan dekat indonesia tapi yang tak sanggup 
daging die... Mula-mula ingat nak makan dengan sudu garpu tak terkoyak daging tu... 
Aku guna tangan pulak.. sama jugak.. liat ya rabbi......



Daging nie langsung tak boleh nak makan....Siap msg dekat Mr Z mengadu daging keras.. 
mengadakan.... Hakhakhak nak bermanja konon-konon cam comey manja dengan laki....

                            

Lepas tu aku tak makan pon potong selera... pergi counter terus bayar.. kebetulan aku duduk
betul-betul depan counter orang tu tanya kenapa tak makan..... aku cakaplah daging tu keras...
Die tanya aku balik kenapa tak cakap masa makan tadi... aku bile bab makan nie aku malas nak
complain takut karang ko letak taik idung plak dalam makanan aku.....

Tapi pekerja die baik dorang gantikan makanan aku tu dengan yang baru...
Dorang kasi tapau bawak balik.... Oklah tak delah sakit hati sangat....
Tapi jangan tanya yang bungkus tu daging ok ker tak.... Sebab aku tak makan
sebab konon-konon cam tawar hati sentap yang bukan-bukan.... :)






Friday, October 12

Girl Or Boy

Hari isnin baru-baru nie saja nak pergi scan perut....
Tak sabar nak tengok keletah orang dalam perut nie
minggu nie dah masuk 21 minggu maknanya insyallah
ada lagi perjalanan lebih kurang 19 minggu lagi :)

Sejak kebelakangan ini baby dalam perut ini sangat
aktif, bergerak non stop, kalau aku baring nampak perut aku bergerak
dulu masa ziqrie tak adalah seawal ini....

Jadi berbalik cerita pergi scan, bulan lepas masa aku pergi scan
dekat klinik dekat ngan rumah ini, mesin scan die tak boleh print
jadi masa pergi ari tu Mr z tanya lah dah boleh print ker tak....
Budak counter tu cakap masih tak boleh print, rosak...
Tapi die cakap boleh amik gamba guna phone.....
Yang kelakarnya Mr z tawar manawar pulak..hahaa
Dari RM40 dapat RM30... hehehe

Ingatkan nak pergi scan aku nak tau baby aper....
Tapi kedudukan die melintang.. jadi tak nampak lah
dengan jelas tut..tut... baby....

Alhamdulillah docotr cakap baby sangat aktif... patutlah
sampai bergerak-gerak perut mama yer dik...
Walaupon tak nampak dengan jelas girl ker boy
doctor tu cakap 80% it girl :) sebab doctor tu cakap
tu pon berdasarkan pengalaman die lah.... Doctor nie
sebenarnya sebelum ini die bidan dekat Klinik bersalin Joe
ampang, tapi die dah boring kot nak tengok orang punya tut...
die bukak klinik sendiri dan buat klinik tuk wanita sahaja.......
dah tak sambut orang bersalin lagi....
Walaupon die cakap 80% girl tapi aku tak nak percaya sangatlah
sebab tak nampak betul-betulkan....doctor tu cakap baby gilr sebab
kedudukan baby, die cakap kalau baby boy biasanya kaki mesti terkangkang
sebab boy ada pistol dengan peluru 2 biji.... nie cantik jer rapat kaki baby
tapi aku tak nak berharap sangat takut keluar pistol lagi.. hehehee
Keluar dari klinik Mr z cakap dekat aku mungkin lah betul ape yang doctor tu cakap
sebab diakan berpengalaman scan orang dah bertahun-tahun dan sampai rosak-rosak
 printer dia :p





Korang jangan tanya aku pasal gamba scan nie.. aku pon tak paham
yang lebih penting aku tau anak aku sihat dan aktif....
Semoga semuanya di permudah kn.. Amin...

Popular Posts