Tuesday, October 30

Melaka - Bandaraya Melaka

Selepas dapat jer kunci masuk dalam bilik merehatkan badan kejap....
Mandi pastu kami keluar pergi ronda bandar melaka... Sebenarnya banyak tempat
tak pergi pon, iyerlh baru jer beberapa bulan lepas ke melaka jadi malas lah nak pergi lagi..





Ramai betul orang duduk lepak-lepak dekat kawasan ini.. bukan ada apa pon mungkin
hanya nak ambil gamba bangunan lagi pon cuaca sangat panas walaupon lebih kurang
pukul 4.00 petang..



Dah penat berjalan ziqrie mintak dukung pulak... budak ini sekarang malas betul nak jalan
dari lobby hotel nak ke bilik pon die suruh papa die dukung...




Tak ada apa-apa pon aktiviti untuk petang tu.. sambil jalan sambil ambil gamba....
jauh jugak rasanya kami berjalan dari bandar jalan patah balik ke hotel....

Sempai hotel dah dekat pukul 6 petang, jadi tak nak buang masa Mr Z dan Ziqrie mandi 
pool...




Swimming pool hotel ini sangat lah besar tapi Mr Z cakap tak dalam sangat, aku tengok
bila Mr Z berdiri pon takat paras pinggang die jer.... Ada 2 pool dekat hotel ini...
iyerlh sebab hotel ini kan besar kalau tak buat 2 pool nanti terlalu padat pulakkan














Dapat mandi sekejap jer, ziqrie dah mengigil-gigil tapi hati besar nak mandi lagi...
Lepas mandi balik siap-siap nak ke Night Safari pulak... :)







Melaka - Mahkota Hotel Melaka

Alhamdulillah ulangtahun perkahwinan yang ke-4, tahun ini kekurangan ongkos jadi kami
sambut di melaka sahaja lah, janji dapat pergi jalan-jalan...

Kami bermalam di Mahkota Hotel, amik apartment 2 bilik...
Bertolak dari KL pukul 9.30 pagi tu pon lepas bawak ziqrie pergi klinik
mata die bengkak mungkin kene gigit dengan semuat.. Tp Mr Z cakap jangan
tuduh semut sebab tak nampak... kecian kat semut kalau bukan die yang gigit....
Jadi oklah mata ziqrie mungkin di gigit oleh serangga kecik yang tidak di kenal pasti :)

Sumber : Mahkota Hotel Melaka website

Kami sampai di melaka lebih kurang tengahari tak ingat pukul berapa,
punyalah tension lepas jer tol Ayer Keroh punya lah jem... sampailah depan Dataran Pahlawan
pon jalan jem... Tension kepala otak..


Memandangkan hotel betul-betul belakang area dataran pahlawan hendak tak hendak
kene jugak lah mengadap jem... Hampir dekat 45 minit jugak lah mengadap jem...





Akhirnya setelah menempuh jem, sampai jugak dekat hotel.. Cuaca dekat sini adooiiii sangat
panas.. mungkin sebab dekat dengan laut kot tapi angin kuat...



















Hotel sangat cantik... bersih cuma view hotel jer munkin dulu hotel nie sea view tapi sekarang pantai
sedang ditambak dengan pasir... jadi view dari bilik hotel cuma padang pasir yang luas air laut nye dah tak nampak...















Wednesday, October 24

Doakan kami hingga ke syurga ~ 4th Anniversary

Syukur Alhamdullilah....... Hari ini 24 Oct 2012 genap lah 4 tahun ulangtahun perkahwinan
aku dengan Mr Z....

7 March 1998 ~ Di kenalkan oleh seorang rakan..
25 Feb 2007 ~  Bertunang
24 Oct 2008 ~ Berkahwin

Kami mendirikan rumahtangga selepas hampir 10 tahun berkawan, Alhamdulillah
jodoh kami sangat kuat walau pon ada dugaan selama tempoh berkawan dan bertunang..
Selama 4 tahun melayari alam rumahtangga kami semakin mengenali hati budi masing-masing
dengan lebih rapat lagi..

Adat rumahtangga tidak selalunya tersenyum dan ketawa kadang kala ada juga geloranya
tetapi alhamdulillah kami cuba untuk menanganinya..

4 tahun di kurniakan seorang cahaya mata dan insyallah tahun hadapan akan menerima
anugerah dari Allah cahayamata yang ke-2.. Semoga dengan hadirnya insan baru dalam
hidup kami akan bertambah sinar kebahagian untuk selama-lamanya.... Insyallah...

Amin... Untuk yang teristimewa suamiku terima Kasih untuk segalanya...




Tuesday, October 23

Annual Dinner 2012

Tahun nie office buat dinner di Hotel Royale Chulan dengan tema Heroes & Villains...
mula-mula ingat tak nak ikut tema, nak pakai apa yang ada jer... iyerlah dengan perut
yang membesar mengandung 6 bulan ini kan... dok pikir-pikir jugak ada ker baju...

Jadi hari jumaat sebelum hari dinner tu borak-borak dengan member-member office
ramai pulak yang mengikut tema... rasa seronok pulak.. jadi misi mencari dalam internat
dengan fatin bermula lah... walau pon orang lain semua dah siap ada baju...

Masa dekat rumah pikir lagi tu nak ker tak sewa baju... Hari sabtu pagi barulah
buat keputusan nak sewa... dan pagi sabtu lah baru pergi cari baju..hahaha

Pagi lepas jer pergi sarapan aku pergi berdua dengan hero kecik, ziqrie...
ziqrie teman mama pergi cari baju tuk dinner....

Bila sampai ker dekat kedai ini cepat jer proses pilih memilih baju, iyerlah bukan
ada banyak baju saiz aku, terhad ok... ingat nak jadi super women tapi lupakan jerlah
sebab memang compem super women baju semua seksi dan tak ada super women yang
ala-ala muslimah... dan tak de super women yang pregnant yang bajunya longgar..
Jadi kita bertukar menjadi Villains ~ Witch.....


























Macam-macam pakaian yang ada malam tu tapi tu lah aku sampai dekat hotel lambat
tak sempat nak ambil gamba dengan semua orang... dan balik pon awal sebab fatin kemalangan
masa nak turun dari stage :( kecian dekat dia.... Emmmm denda dah nak jadi kan...

Pada yang nak sewa costume tuk acara cam ini boleh call numb ini yer....







Popular Posts