Selepas dapat jer kunci masuk dalam bilik merehatkan badan kejap....
Mandi pastu kami keluar pergi ronda bandar melaka... Sebenarnya banyak tempat
tak pergi pon, iyerlh baru jer beberapa bulan lepas ke melaka jadi malas lah nak pergi lagi..
Ramai betul orang duduk lepak-lepak dekat kawasan ini.. bukan ada apa pon mungkin
hanya nak ambil gamba bangunan lagi pon cuaca sangat panas walaupon lebih kurang
pukul 4.00 petang..
Dah penat berjalan ziqrie mintak dukung pulak... budak ini sekarang malas betul nak jalan
dari lobby hotel nak ke bilik pon die suruh papa die dukung...
Tak ada apa-apa pon aktiviti untuk petang tu.. sambil jalan sambil ambil gamba....
jauh jugak rasanya kami berjalan dari bandar jalan patah balik ke hotel....
Sempai hotel dah dekat pukul 6 petang, jadi tak nak buang masa Mr Z dan Ziqrie mandi
pool...
Swimming pool hotel ini sangat lah besar tapi Mr Z cakap tak dalam sangat, aku tengok
bila Mr Z berdiri pon takat paras pinggang die jer.... Ada 2 pool dekat hotel ini...
iyerlh sebab hotel ini kan besar kalau tak buat 2 pool nanti terlalu padat pulakkan
Dapat mandi sekejap jer, ziqrie dah mengigil-gigil tapi hati besar nak mandi lagi...
Lepas mandi balik siap-siap nak ke Night Safari pulak... :)
No comments:
Post a Comment