Jika ikut bulan Islam.... yup kami kawin masa bulan raya... aku jemput dekat 1000 orang datang
jamuan rumah terbuka aku..hehehee
Sebenarnya bukan nak cerita pasal ulangtahun perkahwinan sebab jarang kami sambut bulan ini...
Cuma aku nak berkongsi tentang tatarias pengantin @ solekan wajah pengantin...
Sebab minggu lepas aku ada pergi 1 wedding nie.... Pengantin perempuan ini kalau aku jumpa dia
memang dia dah nampak cantik tapi sedihlah masa wedding die... make up dia tak cantik
aku rasa die makeup sendiri lagi jauh cantik....
Aku rasa yang buatkan muka die jadi tak cantik sebab warna ton bedak @ foundation yang digunakan
tak sesuai dengan ton warna kulit asal pengantin... Mak andam nie pon satu.. kalau ko rasa ko tak ada
bakat makeup tak payah lah jadi mak andam... buatlah kerja lain.. iyerlah sebab pengantin tu nak kahwin hanya sekali seumur hidup.. gamba perkahwinan tu nak di simpan untuk di tunjuk pada anak cucu....
Aku pun sebenarnya bukan lah pandai sangat bab-bab make up nie... Tapi aku minat....
Jadi apa yang aku nak kongsikan disini ialah pengalaman aku sendiri...
Masa aku nak bertunang dulu aku pon tak tau pasal make up yang betapuk jer.. bergelaga ker.....
Yang aku tau kalau mak andam yang make up mesti lah nampak cantik kan... lagi pon mak cik aku nak sponsor make up tuk aku.... Dia kata die bawak makeup retis dia... Terima kasih yer Acik Rosnah Johari.... Sponsor mu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat...Jadi bab makeup aku tak pikir... yang aku tau dah ada orang yang nak make up aku siapa? dan cantik ker die makeup? aku langsung tak pikir dan tak pernah nak tanya kat makcik aku.... Betul bab cantik ker tak aku langsung tak pikir...
Tapi inilah hasilnya .....
Alhamdulillah aku cukup puas hati... Ini bukan angkat bakul sendiri tau...
Ini comment yang aku copy dari Fb aku.... Tapi tak taulah kalau dorang puji sebab nak amik hati aku..hahaha
Jadi berbalik pada cerita selepas aku bertunang ini... Barulah terbuka minda dan aku perbezaan antara
Mak Andam & Make up Artis...
Mak andam dorang akan kenakan bayaran cam ini :-
Bayaran yang mak andam kenakan untuk sekali makeup diantara RM200-RM300.
Tapi jika makeup artis diantara RM600-RM1000 untuk sekali makeup...
Jadi mungkin inilah sebabnya ramai yang mengunakan perkhidmatan mak andam untuk makeup
dihari bahagia.... tapi bukan lah semua mak andam makeup tak cantik tapi kita boleh berfikir secara
logikkan yang mahal mesti lebih sempurna dan jauh lebih berkualiti...tp ada jugak makeup artis yang makeup nya kurang berkualiti jadi mesti lah kene pandai menilai...
Beberapa bulan sebelum hari bahagia aku :) aku pon ada membuat kira-kira, bertukar-tukar pandapat
dengan orang tua aku tentang pakej perkahwinan ...... Ayah aku orang paling excited bila bercerita bab-bab ini.... Adalah beberapa butik perkahwinan yang aku intai-intai... Aku ada jugak bertanya dekat makeup artis yang makeupkan aku masa bertunang dulu tapi harga pakejnya sama lah seperti yang aku nyatakan di atas... RM600-1000 untuk sekali makeup.... Jadi konon-kononyan nak jimat aku rasa mungkin lebih berbaloi jika aku hanya gunakan perkhidmatan mak andam... Jadi sesi mencari mak andam bermula.... cakap sahaja dekat mana yang aku nak pergi emak dan ayah aku sedia menemani... dan orang yang akan tengok album makeup ialah ayah aku... asal muka pengantin yang ada dalam album tu tak cantik die terus akan reject butik pengantin tu..... hahahaaaa........ Jadi disebabkan kebanyakkan butik pengantin yang kami pergi semua ayah aku tak berkenan dengan cara makeup dorang.. ayah aku bagi green light untuk amik makeup artis masa aku bertunang.. sebab senangkan dah tau macam mana hasil kerja makeup retis tu......
Tapi itulah tak semua yang kita rancang menjadi..... 2 minggu sebelum hari berbahagia aku, makeup artis aku nie bagi tau die tak dapat makeupkan aku.... sebab die terpaksa out station... Adooiiii
Tapi makeup artis ini akan gantikan job dia dengan kawan dia juga seorang makeup artis.... dia siap bagi pilihan dekat aku nak perempuan @ adik-adik.... mula-mula aku pilih adik-adik sebab ramai orang cakap adik-adik lebih teliti dan cantik bila makeup.... tapi makeup artis ini bagi tau aku... antara perempuan kawan dia nie dengan adik-adik, perempuan tu makeup lebih cantik... Jadi aku pon percaya lah pada maku up artis ini.. aku meletakkan 100% muka aku ini pada member dia yang perempuan ini....
Dan ini lah hasilnya :-
Untuk majlis akad nikah dia makeupkan light sahaja sebab kan nak masuk masjid jadi tak sesuai makeup cam hantu cina @ hantu kubur...
Ini masa malam berinai
Baju-baju persalinan
Dan ini make up untuk hari bersanding....
Aku sukalah dengan semua makeup ini tapi aku lebih suka dengan makup retis yang makeup aku masa bertunang tapi tulah tak ada rezeki.....
Jadi kesimpulannya untuk bakal-bakal pengantin, aku nasihatkan korang pilih betul-betul mak andam @ makeup artis yang nak make up kan korang.. mungkin jika perlu korang keluar duit sikit untuk test makeup sebelum korang membuat keputusan nak gunakan perkhidmatan dorang untuk hari bahagia korang...
Tak salah jika korang keluarkan duit extra sikit untuk dapatkan perkhidmatan yang lebih elok dan cantik....
Sebab tu kalau kita tengok kebanyakkan artis semua cantik selepas di solek... sebabnya mereka semua di solek oleh juru solek professional, belanja lebih sikit untuk hari bahagia anda.. sekali kan seumur hidup....
Nanti kalau aku rajin aku kongsi dengan korang pulak pasal baju pengantin aku yer....
3 comments:
salam kenal
thanks letak blog akak di sidebar izzan.
Soooo sweet
Salam perkenalan jugak akk & Sama-sama..
nice sharing
Post a Comment