Thursday, September 25

Kechara Sup Kitchen

Ini dah tahun yang ke-3 opiz aku datang ke sini menghulurkan bantuan apa yang termampu.
Bila aku rasa diri aku susah, ada orang lain ada yang lebih susah dari kita, tak dinafikan mungkin kerana silap memilih jalan hidup akhirnya hidup meraka hanya di kaki lima... Tapi percayalah tiada sesiapa di dunia ini yang mahukan hidup yang susah, bukan mahu hidup kaya raya tapi cukup ada tempat berlindung yang selesa dan makan dan pakai yang sempurna.

Silap dan berdosa aku selalu mengomel itu tak cukup ini tak ada, tapi itulah manusia tak pernah cukup dengan apa yang kita ada.. Kita selalu salahkan takdir dan keadaan kenapa aku hidup tak sempurna tak cukup serba serbi macam orang lain tak sekaya orang lain... Tapi setiap kali aku datang kesini apa yang mampu aku ucapkan hanya simpati dan lahirnya perasaan aku lebih beruntung, aku lebih bertuah dari mereka.. 


Hunger knows no barries


Nilah tugasan selama tiga tahun berturun-turun bila datang kesini.. bungkus nasi. aku dah pro dah bungkus nasi.


Disebabkan masa hari yang aku datang tu dah ada jugak orang lain yang sama tolong bungkus nasi jadi cepatlah habis. Dorang suruh lipat kertas pulak. 



Nasi yang dah siap dibungkus akan diletak kan macam ini nanti meraka anak ambil sendiri, Lauk pada hari tu sayur sawi dan sayur  bendi hanya itu rezeki dorang untuk makan pada hari tu, berbeza dengan kita yang setiap hari makan cukup dengan sayur ayam ikan berkuah siap order air buah lagi tu belum lagi dengan pencuci mulut ais krim cake kopi.. 

Aku pernah jumpa seorang lelaki masa aku tengah makan dengan mak aku, die datang dekat meja yang aku duduk tegur mak aku, tanya aku siapa... die tegur anak-anak aku, nampak dia cengkung sangat mungkin dia terlibat dengan dadah, bila dia berborak dengan mak aku, dia cakap awak bertuah, hidup sempurna ada anak cucu. Dan bila mak aku tanya kenapa boleh jadi macam ini.. muka die sedih dan hanya boleh jawab entah lah... Lepas tu dia minta diri. Menurut mak aku dulu dia manager bank tapi tulah tersilap memilih jalan hidup, bergitulah pengakhiran hidup.. Moga keluarga dan keturunan aku dijauhkan dari segala kesengsaraan hidup.


Dan kerja terakhir untuk hari tu adalah menyusun semula barang-barang ini mengikut kategori sebab banyak yang dah bercampur.








Somoga allah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna buat mereka.. 
Amin..






2 comments:

Raz said...

Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki hendaknya

Izzan Yong Rosdin said...

Razfira : Amin.. moga rezeki awak juga dimurahkan..

Popular Posts