Monday, October 13

Senarai tadika / kindergarten

Tahun 2014 bakal tiba ke penghujung kejap sangat masa sekarang ini.. Masa yang cepat atau kita yang sibuk sebenarnya... Macam aku sekarang subuk survey tentang tadika. Almaklum lah ziqrie nak masuk tadika tahun depan. Mula-mula tengok harga terkujut den.. Mak ai boleh tahan mahal giler, tadika jer kot. Arga sampai beribu-ribu.. Bila bincang dengan Mrz pasal yuran sekolah die cakap mana-mana jer, die tak kisah ikut jer.... Senang betul orang lelaki ini.. Aku pon pening gak tak tau ke mana yang mana 1.. Bila pikir bab duit tu memang rasa kecut perut tapi tulah sebagai ibubapa kadangkala kita kena berikan hak yang sepatutnya untuk anak-anak.. Aku pikir apa yang aku ada sekarang ini, semua rezeki anak-anak aku ini tumpang aje, tapi kalau dah tak mampu ikut duit dalam poket sendiri, kalau nak yang terbaik sekali pon tapi kalau sampai mudaratkan diri pon tak guna jugak kan...

Bak kata kawan aku, yang mahal tak semestinya elok, dan yang murah tak semestinya teruk.. Betullah kalau ko anta anak ko dekat sekolah yang beribu ringgit sekali pon tapi kalau anak ko tak nak belajar cikgu pon tak boleh buat ape-ape tapi sekurangnya kita berusaha untuk cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak.. Aku rasa dalam dunia ini semua ibubapa nak berikan yang terbaik untuk anak. Bak kata ayah aku untuk anak-anak kalau boleh jantung pon ayah nak kasi..

Cite pasal tadika ini kan, aku ada lah try menggoogle beberapa sekolah tadika yang ada dekat malaysia ini,..tapi nie secara rawak yer bukan mengikut ranking berbaik..
















Pada aku jangan korang percaya sangat pada jenama, Dapatkan maklum balas daripada ibubapa yang pernah hantar anak yang pernah hantar ke tadika tersebut atau pon korang rajin-rajinlah review dari blog-blog...  Sekarang ini macam-macam yang pihak tadika ni tawar kan, semua macam nak berlumba-lumba masing-masing nak tunjukkan kelebihan masing-masing...

Macam aku kalau boleh nak lah tadika yang lebih kearah Islamic, ada jugak yang cakap alah kita dulu tak pergi pon sekolah tadika masuk jugak uni... Betul tu mungkin 20 tahun lepas tapi keadaan sekarang ni terlalu ramai anak yang bijak-bijak.. Kecian sebenarnya dengan anak sekarang dorang kena usaha lebih untuk bersaing., Jadi sebagai ibubapa kita lah kene bantu anak-anak kita, mumulakan langgakah pertama untuk mewarnakan masa depan mereka.. Letakkan wang ringgit sebagai perkara kedua asalkan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Pilih dengan hati dan jiwa bukan kerana ikut perasaan, wah tiba-tiba aku rasa aku dh jd macam prof muhaya dah nie,...

 Ini pon nasihat untuk diri aku sendiri ini.. selagi aku tak bayar booking selagi tu lah aku dok pikir mana nak hantar ziqrie... #pening


Bye!

Friday, October 3

Seri Pacific Hotel & Matta Fair

Cerita sebulan yang lepas, aku malas lah nak cerita sangat sebab lebih kurang sama aje dengan cerita sebelum ini tidur dekat Seri pan pac hotel,  kali ini dah 3 kali dah tidur dekat sini sepanjang 3 kali tu jugak lah aku rasa hotel ini sama jer tak ada ape yang berubah pon, staff pon tetap sama, dorang belum nak berhenti lagi kot..hahaa

Aku dah sampai dari hari jummat lagi lepas kerja amik anak terus datang sini. Malam tu aku dah siap-siap tapau makanan, tapau tomyam telur dadar ok... ko mampu masuk hotel berbintang-bintang makan telur dadar??  tapi lupa pulak nak amik gamba.

Cerita hari esok nye pulak, pagi tu lepas sarapan aku ikut Mrz pergi jumpa kawan dia kejap..


Wefies


Lagi


Dan lagi...



Lepas tu terus pergi lunch dekat pwtc, emak bob n wani pon join sekali..


Chocolate cake


Nasi briyani 


Nasi ayam


Kambing masala kot :)


Rojak buah


Lepas tu pergi jalan-jalan dekat dalam pwtc, macam tak pernah datang kan dah 24 tahun tahun ayah aku kerja dekat sini, rezeki anak.. bob lahir je, ayah dapat kerja dekat sini,  rezeki ayah dan  kami sekeluarga, dan ayah masih setia berkhidmat di sini...


Tak pernah jumpa dengan Tun M, amik gamba dengan potret pon jadi lah...




Bob cakap aku nie macam pelancong dari singapore sibuk amik gamba.. biarlah sibuk jer..


Cakap orang pandai tapi die pon sama.. teringin jugak!

Ayah beriya ajak masuk matta fair sebab die cakap sunway lagoon ada buat rumah hantu..


Yang tinggi nie antu galah kot.. tapi tak seram sangat..homey jer..




Zaffriel aje yang ikut ziqrie awal-awal dah melalak ajak opah die keluar.. agak seram lah 
gelap kat dalam tu.. 


Cleopatra sangat kan..hahaa


Ni Cleo ape???


Hantu cina nie memang tak guna.. die akan berdiri tegak, jadi orang macam tak hirau kan die sangat.. die bile tengok ko macam buat tak endah kan die sangat, die akan melomopat depan ko.. 


Hantu jembalang belakang tu bergerak ok, mula-mula aku ingat macam dorang gantung jer dia, sebab die super tinggi.. aku tak amik gamba dengan die ini... Aku seram..


Hantu yang ni tak berapa nak seram sangat, mungkin sebab die nak jadi antu orang putih, so nampak die cam ok je jer..



Hantu botak ini pon sama asyik nak segah orang.. ko lalu sebelah die, die akan buat-buat nak ketok ko dengan kayu yang die pegang tu.. nie kira macam promo sunway lagoon lah, bob cakap die pernah masuk rumah antu dekat sunway, lebih kurang 20 minit korang akan berjalan dalam rumah antu tu.. Die akan kasi masuk 1 group dalam 15 orang then die akan pecah-pecahkan korang..  
Nasihat aku, wah siap ada nasihat... kalau korang pergi rumah antu dekat sunway ini, dan dah
 half way korang rasa takut @ kene raba dengan hantu dekat dalam ini..  korang boleh buat-buat pengsan atau berlakon korang kene sawan babi.. compem lepas tu antu yang cuak dengan korang.. hahaha....


Lepas keluar dari rumah antu tu kita orang pon terus keluar, uis tak sanggup nak berlaga-laga dengang orang ramai cam ini...



Aku rasa die nie lah pelancong dari Singapore yang sebenarnya..khakhakahkah




Ok bai!









Tuesday, September 30

Popia crabstick & sosej

Makanan yang mudah untuk sarapan atau minum petang, cuba lah compem anak-anak korang suka.
Laki aku pon suka..ahahaaa

Bahan-bahan :

Kulit popia
Crabstick
Sosej


Cara-caranya :


Aku belah 4 macam ini.. 


Lepas tu susun atas kulit popia dan gulung.. untuk lekatkan kulit popia yang hujung tu korang letak air jer tak payah nak putih telur bagai. Jangan risau dia tak akan terbuka punya.



Dah habis mengulung tu korang goreng, dah agak-agak kunig angkat, macam aku, aku gunting 2 panjang sangat, Kalau rajin korang buatlah sos sendiri tapi aku malas beli jer cili sos dalam botol tu, tu pon dah cukup sedap per..


Yeh happy tummy..


Bye!

Monday, September 29

Ayam masak merah

Nak #lemparbelakang resipi ayam masak merah..


Bahan-bahan :-

Ayam (ikut berapa ketul yang korang nak makan lah yer)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
Cili kering (rebus dahulu)
Sos tomato
Buah tomato
Asam keping
Garam, gula, serbuk kunyit  dan serbuk perasa
Minyak untuk mengoreng dan menumis
1 labu bawang potong bulat sebagai hiasan

Cara-caranya :-

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 2/3 masak dan ketepikan
2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia (aku kalau blend cili aku tak taruk air tapi aku taruk       minyak jadi dah save masa menumis) dan tumiskan
3. Bila bahan yang ditumis dah garing dan pecah minyak masukan tomato dan sos tomato
4. Masukkan serai, asam keping gula, garam dan serbuk perasa (tambah sikit air jika nak berkuah)
5. Masukkan ayam dan kacau sebati..
6. Masakkan bawang hiasan

Dah siap!







Donut

Sekarang ini emak-emak sangat ziqrie nak makan donut + Mrz pon suka makan donut aku pon try lah buat.. Resipi google internet jugak, Alhamdulillah menjadi..

Bahan-bahan :

500gm Tepung roti
100gm gula halus
11gm instant yeast
2 biji telur
200 ml air
100gm butter / magerine
secubit garam
3 sudu susu tepung

Cara membuatnya :

1. Bancuh yis dengan air suam
2. Ayak tepung dan campurkan dengan yis garam telur dan gaul rata
3. Masukan butter dan kacau sehingga sebati
4. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada mangkuk
5. Rehatkan doh 20-30 minit sehingga kembang



Sebelum


Selepas

6. Kempiskan doh (tumbuk -tumbuk, tampa-tampa kalau perlu korang karate... untuk keluarkan angin) canai dan terap bentuk donut (aku beli acuan doh dekat kedai kek, senang)


7. Rehatkan doh lagi 20 minit
8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. angkat dan tos kan. Biar sejuk
9. Salutkan donut dengan gula.


Senang jer kan. buat lah compem anak-anak suka, ziqrie puji aku melambung tinggi setiap kali makan dok ulang sedap mama, pandai mama buat donut, aku pon ape lagi rasa macam nak buat donut tak nak berhenti hahhaa tu aku tipu.. Dapur aku penuh dengan tepung, belum niaga lagi tu, aku rasa kalau aku niaga mungkin muka aku pon penuh tepung silap-silap laki tak kenal aku...

haha.. Bye!




Popular Posts