Setiap kali aku cuba untuk menulis sesuatu yang berkaitan dengan keluarga
perasaan akan bertukar menjadi sayu, entah kenapa yer????
Aku cuba untuk tidak menulis tapi hati memaksa untuk meluahkan sesuatu
untuk insan tersayang... Insan yang amat bermakna dalam hidup ini...
Aku seorang yang happy go lucky tapi itulah yang namanya manusia
setabah mana dan secekal mana pon kita pasti nya mudah tersentuh bila ianya
bernama keluarga........
Sejak akhir-akhir ini aku sering merenung dalam diri sendiri adakah aku cukup
sempurna sebagai manusia yang bergelar anak.... kakak.... isteri dan gelaran yang
baru aku terima 2 tahun 9 bulan yang lalu sebagai ibu.......
Aku sering berfikir dan aku pernah bertanya pada suamiku
cukup sempurnakah kita sebagai ibubapa? Benarkah didikan yang kita
curahkan pada anak kita? Adakah aku sebaik dan sesempurna ibu-ibu yang
lain.....
Aku pernah membaca sebuah coretan seorang wanita yang bergelar ibu yang sedang
hamil anak ke dua....... Coretannya benar-benar membuat aku tersentuh....
Pada malam hari sebelum die melahirkan anak kedua yang di kandungnya
dia ingin memberikan kasih kasih yang sepenuhnya kepada anak sulung nya....
dia ingin memeluk erat anaknya dalam dakapannya kerana die berfikir mungkin
malam itu adalah malam terakhir dia akan tidur bersama anak nya sekiranya ajal
bakal menjemputnya.......
Sejak pada itu aku tersedar..... aku juga sedang melalui perkara yang sama
usia kandungan aku kini berusia 5 bulan..... Jadi bila aku pikir-pikirkan
penulis itu mungkin hanya ada masa 1 malam untuk menunjukkan
kasih sayang pada anaknya sekiranya ajal menjemputnya sewaktu melahirkan
anak yang sedang dikandungkanya...
tapi aku insyallah masih mempunyai 4 bulan untuk aku mencurahkan sepenuh
kasih sayang aku pada anak kecil ku ziqrie...
Arieff Ziqrie,
Walaupon mama mungkin anak melahirkan anak 3..4...atau berapa orang anak sekali pon
tapi pada mama ziqrie adalah hero mama, ziqrie insan yang paling mama sayangi ....
Dengan ziqrie mama dapat rasakan betapa gembiranya bila mama mengetahui
ada insan yang sedang membesar dalam rahim mama...
Dengan ziqrie mama tau apa rasa nya ''morning sickness''
Dengan ziqrie mama dapat rasakan pergerakan janin di dalam rahim mama
Dan yang paling penting dengan ziqrie mama dapat rasa kesakitan melahirkan.
Dan dengan ziqrie mama mendapat gelaran sebagai ibu....
Sekarang ziqrie amat petah berkata-kata....
Rumah tidak pernah sunyi dengan suara dan keletah ziqrie...
Setiap hari ada sahaja keletah ziqrie yang sering membuatkan mama ketawa
Dan yang terbaru ziqrie memanggil mama dengan gelaran Cikgu.....
mama ketawa sepenuh hati saat pertama kali mama mendengarnya
sehinggakan mama kata pada papa..... begitu mulianya seorang ibu di mata anak....
Hanya kerana mama belikan ziqrie sebuah bag seperti bag sekolah
dan hanya kerana mama mengajar ziqrie ABC.....
Cuma kadang kala mama rasakan diri mama kurang sempurna untuk ziqrie
Hati amat tersentuh bila ziqrie kata ''zq nak peluk mama... zq love mama''
Ingat yer sayang ziqrie nyawa mama, ziqrie hero mama....
mama berharap tangan kecil ziqrie akan dapat menjaga
mama satu hari nanti....
Insyallah selagi kudrat mama kuat, mama akan terus pinpin tangan kecil ziqrie
Insyallah mama akan lakukan apa sahaja untuk ziqrie....
Insyallah jika ada rezeki kita, tahun hadapan kita sama-sama
akan sambut kedatangan orang baru dalam keluarga kita
mama yakin ziqrie pasti akan jadi abang yang baik.....
sekarang pon setiap kali ziqrie bermain ziqrie, tak pernah
lupa untuk ajak adik main sama, selalu suruh adik bangun
''dik bangun tido jer'' hehehehee
selalu cium perut mama seolah-olah ziqrie mencium adik
bila mama tanya ziqrie buat apa??
''Zq cium adik lah''
Terima kasih sayang kerana jadi anak yang terbaik untuk mama....
Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan anak yang baik untuk hamba mu ini
Daku bermohon padamu semoga anak yang sedang membesar di dalam rahimku ini
sebaik ziqrie....... sebersih dan semulia ziqrie.....
Ingat walau apa pon ziqrie hero mama..... ziqrie anak mama yang paling mama sayang....
Sekiranya di beri pilihan mama mati dan hidup semula pasti mama akan tetap
pilih ziqrie sebagai anak mama kerana ziqrie tiada galang gantinya <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Haha.... Rindu nak menulis tapi internet dekat rumah tak macam nak tak nak.... berpantang sendiri nak tunggu connect dengan internet buat ak...
-
Assalamualaikum..... Korang mesti runsing bila anak cirit biritkan.... Aku pon samalah.. Semua aku rasa serba salah nak bagi makan taku...
-
Syukur Alhamdulillah Zaffiel anak mama dah 6 tahun. Sejak menjak setahun dua ini, aku dengan mrz buar konsep bila birthday anak nak cub...
-
Cerita sebulan yang lepas, aku malas lah nak cerita sangat sebab lebih kurang sama aje dengan cerita sebelum ini tidur dekat Seri pan pac h...
-
Tempat wajib bergambar kalau ke Maps, Ipoh Tiket Maps beli masa MAHA harga RM45, beli 4 jer sebab masa tu mak cakap tak nak ...
4 comments:
menitik air mata sy. kak izzan, u did well! u are a good wife, daughter, sister, mother etc..yg paling penting, ziqrie mmg anak yg bijak..penghibur hati.. saya doakan yg terbaik utk akak, abg Z, zq and more to come..!
amin
:) Amin
Salam ziarah...
Salam Kak Ros :)
Post a Comment