Thursday, December 13

Selera orang demam

Cerita minggu lepas.. Hari jumaat 7 December 2012 Mr Z demam kebetulan aku pon MC sebab
sakit belakang sehari sebelum tu sibuk berniaga dekat opiz...
Jadi alang-alang aku pon samalah menjaga orang demam....

Hari jumaat tu 1 hari dia tak bangun, memerap jer dalam bilik.... Makan pon tak nak...
Jadi 1 harilah kami 3 beranak duduk melepet dekat rumah jer tanpa sebarang aktiviti
berfaedah... Apa taknye dari pagi sampai malam duduk tengok tv jer....


Bila dah hari sabtu aku rasa Mr Z cam dah kebah sikit tapi muka semua masih bengkak 
Die nie memang cam gitu bila demam jer habis semua bengkak-bengkak
dan berselubung 1 hari sampai ziqrie pon naik pelik... ziqrie tanya dekat aku...
mama, papa nape? agaknye die pelik bapak die nampak muka aja ... hahaahaha
aku tengok macam orang menurun pon ada...


Jadi petang tu bila dah ok sikit Mr Z cakap die nak berjalan-jalan.... Terus aku ngan ziqrie 
lompat bintang..hahahaaa dengan pantasnya aku ajak die pergi Jusco....

Sampai jer Jusco Mr Z terus ajak pergi makan dekat Teppanyaki teringin katanya...
Lagi sekali aku lompat Bintang... Selera orang demam aku ikutkna aja... Tapi ziqrie 
tak lompat sama sebab die sibuk nak makan Mcd.... hahaaaaa biar mama lompat 
sorang-sorang....



Kedai nie semua pekerja die bangla... ilang sudah keaslian Mr Teppanyaki 
@ pon Teppanyaki ini berasal dari bangla?hakhakhak


Muka masih bengkak, tapi nampak dah ok banyak... Alhamdulillah


Tembikai nie dapat free pekerja bangla tu kasi dekat ziqrie



1 Daging 1 Ayam pastu kita bahagikan 2... hehe save skit kan...

Lepas jer habis makan masuk balik dalam Jusco sebab aku nak beli spender,
iyerlh spender yang ada dah tak sesuai untuk ibu mengandung, rasa tersepit perut aku...
Cerita pasal spender ada 1 couple nie membontot jer awek die pergi beli Bra, siap
tolong pilih dan pegangkan lagi..  Adoi kalau iyer pon sayang tak kan sampai cam tu sekali
aku dulu pon bercinta jugak tak delah aku suruh boypren aku pegangkan bra aku....
 Bukan masalah besar pon die nak teman awek die tapi membuatkan orang perempuan yang 
lain rasa tak selesa nak pilih bra dengan spender aku nak beli bra pon terus terbantut sebab
 segan dengan jantan tu....

Selesai bayar spender ziqrie dah tau dekat mana tempat yang harus di tuju laju die jalan..




Datang sini bukan anak jer happy yer.... Mak bapaknye pon happy 
tumpang sekaki... hehehe



Tuesday, December 11

Ziqrie Casting at Newlookcasting

2 minggu lepas bawak ziqrie pergi pergi newlookcasting untuk buat profile..
saja aku mengatal mana tau kalau-kalau ada rezeki ziqrie untuk buat iklan atau 
bergamba-gamba untuk majalah... jom layan gamba :)


Mula-mula sampai jer kene isi borang, pastu orang yang punya agency ini tanya ziqrie nama siapa...
pastu dia  ''tanya duduk dekat mana''? 
dan dengan selambanya anak aku jawab.......
 ''Qi duduk dekat rumalah''
 Pastu orang orang tu ajak dia pergi amik gamba... dengan lembutnya die ajak...
tapi ziqrie jawab.....
''Eeemmmm tak perlah Qi tak nak''

Emmm aku pasrah jerlh kalau anak aku tak di panggil untuk any job..hahaaaaa


Gamba atas ini bila orang tu suruh buat peace... tapi anak aku semangat cintakan malaysia
terlalu meluap2 di sanubari anak aku nak buat 1 malaysia.....



Ceh asa nie ziqrie dah kembang sikit dah naik syok... siap cekak pinggang bagai-bagai.....


Yang kes nganga mulut nie sebab orang tu suruh senyum dan tunjuk gigi... sebab tu die nganga
dia ingat orang tu nak tengok gigi die agaknya.... hahaa orang tu camaraman sayang bukan doctor
gigi..... 




Banyak jugalah gamba dia amik, pastu die suruh tukar baju... memang awal-awal lagi orang tu dah
email aku suruh bawak extra baju.....


Oklah first experience tuk ziqrie dan jugal mak bapaknye... Lepas ini aku cari lagi kita bawak 
lagi ziqrie pergi casting tapi mungkin tunggu aku lepas bersalin lah sekarang dah tak larat oooooo.... :)

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam


Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :
1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.
3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.
4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.
5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.
6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.
10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Info : http://pama.karangkraf.com

Thursday, November 29

3D 4D Scan

:) Alhamdulillah
Semlm pergi scan dekat klinik Fauziah Taman Watan lepas buat booking on line
3D 4D Scan Malaysia  appointment pukul 7.45 malam. Jadi pukul 7.45 aku dah tengok
dekat klinik ada 3 orang yang tunggu turn nak scan jugak.. jadi kalau korang nak scan
make sure korang buat online appointment ni dulu ok jangan main terjah ker sebab takut full.

Untuk scan ini kene bayaran RM100 + CD sekali.. mula-mula terpikir jugak mahal
tapi bila dah buat scan ini rasa berbaloi lah bayar RM100 sebab kualiti scan ini memang
berbeza giler dengan scan 2D yang aku buat sebelum ini.....

Sebelum dia nak scan 4D die akan scan 2D dulu sebab die nak tengok kedudukan baby
dulu sebab tak ada bayaran kalau tak nampak muka baby... walaupon scan 2D tapi
boleh manpak clear bentuk muka baby..


Mula-mula masa nak scan baby tutup muka dengan tangan tapi orang yang scan ini
nama die Jezzlyn die pandai borak dan pujuk baby...

Walaupon sebelum ini scan doctor tu cakap 80% girl tapi semalam nampak 100% it's boy :)
Memang dari awal lagi aku dah pernah cakap dekat MrZ yang 2nd baby ini pon rasanya boy
walaupon ramai yang cakap baby aku girl berdasarkan telekkan dorang pada bentuk perut aku
yang membujur ke tepi... jadi kesimpulannya bentuk perut tidak boleh di percayai..hahahaaa


Jom tengok habis scan semalam... 





Dan sebelum balik Jazzlyn cakap dengan baby.... Baby abg dangan mama mau balik...
senyum sekali dekat mama....


Hehe... baby senyum... Ok sayang insyallah kita akan bersua muka lagi 3 bulan yer.... Teruskan membesar dengan sihat yer dalam rahim mama.... Mama,papa dengan abang tunggu untuk jumpa dengan adik....

Oooo yer dalam CD ini jugak ada video... so nanti baby dah besar boleh tunjuk dekat baby.....







Monday, November 26

HR Steak House @ Kg Baru

Malam minggu baru-baru ini plan dengan member nak pergi makan HR Steak Kg Baru.
Sampai sana lebih kurang pulul 8.00 malam..... Kedai penuh, kene mencari jugak meja
tuk duduk, walau pon kedai ini ramai orang tapi boleh dikatakan service dorang cepat
jugak lah... ini 2nd time aku ngan Mr Z datang makan dekat sini, 1st time dulu aku rasa
adalah 2 tahun lepas kot... itu pon bob yang belanja makan dekat sini, Dan aku rasa kedai ini
dah jauh beza masa 1st time aku datang dulu.. kedai dia semakin besar dan selesa...




Aku rasa tempat ini memang semenjadi tempat untuk pengemar steak dan harga nye agak
murah kalau nak di bandingkan dengan tempat-tempat lain.... 






Jadi kalau nak try makan dekat sini ini alamatnya... HR Steak House No 56, Jalan Raja Alang,
Kampung Baru kuala Lumpur. Kalau korang tau masjid kg baru masuk lorong masjid tu korang
terus jer, nanti beberapa meter korang akan nampak kedai ini sebelah kiri berhadapan dengan
Wisma Hijrah.... Selamat mencuba :)











Popular Posts